Google+ Followers

Monday, 14 November 2016

Resepi Nasi Lemak Cinta Manis By Cheq Hanie

Jom kita Memasak nasi lemank cinta manis ala cheq hanie untuk family tersayang..

Bahan-bahannya :-
  1. Beras 3-4 cup
  2. Telur  3-4 biji
  3. Minyak masak 1mangkuk kecil
  4. Lada Kering 25-20 tangkai
  5. Mentimun 1 biji
  6. Santan kepala 3 jag
  7. Garam
  8. Gula
  9. Ikan bilis   1 mangkuk
  10. Bawang besar 2biji
  11. Bawang merah 2biji
  12. Bawang putih 2biji
  13. Halia setengah inci
  14. Daun Pandan 4 helai
  15. Asam Jawa

Cara-cara Masak Nasi Lemak:- 
  1. Basuh beras dan letakan pati santan 2mangkuk  dan tambah sedikit air masak ikut   sukatan paras air sama seperti kita masak nasi biasa.
  2. letakan daun pandan yang telah disimpul.
  3. letakan hirisan halis berserta garam dan kacau hingga sekata dan masakkan dalam periuk nasi.
 
 Cara-cara Masak Sambal :- 
  1. Blender lada kering,bawang kecil,bawang putih. 
  2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis hingga garing angkat dan toskan minyaknya.
  3. Seterusnya goreng pula bawang besar yang telah di mayang halus dang angkat.
  4. Tumis bahan yang telah diblender tadi ke dalam kuali panas sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi kacau.
  6. Masukkan 1mangkuk pati santan dan bawang besar yang telah digoreng tadi..
  7. kacau dan masukan air asam jawa,gula garam secukup rasa.
  8. Rasa dan hidangkan
*** rebus telur dan potong mentimun. 


 

4 comments:

Irda Garmin said...

hi dear....salam kenal juga...tq singgah


resipi ni nampak menyelerakan..confirm nak.cuba weekend ni..hehe tq for sharing

Haniezafri Othman said...

Hihi...sama2..kita sharing infomasi..salam pkenalan..

Reen Johari said...

Nyummmiieeeee.... Sedap. Nak! Hihi tak nak masak sendiri.. Nak rasa masakan Hanie.. :D

Haniezafri Othman said...

heheh..kalu dekat n xbasi masa deliver heheh..insyallah mana tahu suatu hari de rezeki kan..hihi