Thursday 3 December 2015

APA ITU NEBULIZER ..


               Memang sedih sangat bila anak sakit terutama demam ,selsema dan batuk..itu belum lagi kena sakit seperti jangkitan kuman pada paru-paru.. To all mommy and to be mommy please be alert you child ..jangan biarkan anak kecil makan makanan yang terdedah ,persekitaran berhabuk,berdekatan dengan kipas ianya boleh menjadi punca kepada alahan bagi sekecil ini. Dek kerana itu maka bermalamlah sekecik ini at SJMC subang tok dapatkan rawatan.
                                                             


                Nebulizer adalah kaedah perubatan yang mana mengunakan kaedah sedutan gas yang bercampur cecair ubatan bagi membantu mengubah ubat yang berbentuk larutan menjadi aerosol secara terus- menerus dengan tenaga yang berasal dari udara yang dipadatkan atau gelombang ultrasonik.  Nebulizer adalah alat untuk merubah cairan (mengandungi ubat ) menjadi wap yang sangat halus agar boleh masuk  ke dalam saluran pernafasan dan paru-paru pesakit. Ini adalah perkara yang sekecik Zac Airel mama  paling tak suka ..heheh..kena sekali paksa dek nurse heheh..



        
      Tujuan  NEBULIZER  Untuk membantu mengurangkan  sesak pada penderita asma, keadaan yang tidak selesa untuk kanak-kanak kecil yg mengalami selsema serta mencairkan kahak, bronkospasme berkurang/ menghilang. Perubatan dengan wap dapat membantu mengeluarkan lendir dari saluran penafasan (khususnya pada anak kecil dan bayi ) ianya juga membersihkan saluran pernafasan akibat polusi udara yang tercemar, seperti rokok dan asap kebakaran


Inilah ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor...









** bila mama yang jadi jururawat heheheh...





No comments: