Google+ Followers

Monday, 20 June 2016

Penyakit Hasad Dengki

        
           PHD-(Penyakit Hasad Dengki) Cheq Hanie rasa memang ramai insan yang memiliki penyakit ini...Kenapa ..siapa..hanya mereka yang tahu...tapi kadang-kadang tak ada sebab pun ada..sekadar hobi mereka yang memang banyak masa dan suka amik tahu hal orang lain, mungkin mereka ini tak banyak kerja yang hendak di buat atau kurang pemikiran ..Cuba kita fikir sebagai insan biasa ini kita tak lepas dari membuat salah tapi itu bukan alasan untuk kita ada penyakit ini. 

      Selalunya yang memiliki penyakit jenis yang sangat suka mengorek kisah hal orang lain ...orang seperti ini kadang-kadang memiliki personaliti yang peramah dan bermulut manis yang mana kita tidak akan perasan akan tujuan dia bertanyakan atau mendengar masalah atau kisah kita.Dah dapat story apa lagi orang itu akan canangkan ke pada semua orang ..yang pasti ceritanya pasti ada penokok tambahan dan hanya cerita yang buruk dengan tujuan memburukan orang yang dia benci atau dengki ..
 
So Kita pun kalau dengar cerita buruk tentang seseorang apa kita buat ..dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau kita join sekali atau mungkin kita juga salah seorang yang terlibat menyampaikan kepada orang lain dengan penuh tokok tambah tanpa kita berfikir kesahihan cerita itu..Atau mungkin kita menegur menasihati orang jenis ini agar hentikan perbuatan yang sia-sia ..

SIAPA KITA AGAKNYA..?????...yang dizalimi difitnah atau yang menzalimi yang menfitnah..dengan alasan memburukan atau menjatuhkan orang yang tidak disukai ..cemburi .....Tepuk dada tanya selera..



Friday, 10 June 2016

Surprise Gift Putu Bambu..

                        Terima kasih dan rasa sangat kelakar bila teringat cara My beloved husband bagi hadiah surprise nya pada cheq hanie..hehhehe...memang kelakar bila terfikir balik seorang yang pendiam dan serius cuba menjadi romantik heheh...

                             Mulanya encik husband tanya nak kuih putu tak ?...cheq hanie buat muka pelik dan cakap tak nak (dalam hati cakap napa lak tiba-tiba beli putu bambu ada apa-apa pesta ker ?? )..tapi dia ckp tak baik tolak rezeki sambil buat muka selamba dan hulur 1 beg plastik dan terus naik ke bilik atas ...Cheq hanie amik tanpa banyak soal dan bukak..

WAHHHHHHHHH...bila bukak dalam beg plastik ada kotak kecil dah siap balut dengan tanda tag " I LOVE YOU "
                     Memang happy giler bila tengok ...inilah putu bambu hehehehe...terus naik atas cari encik husband tanya untuk apa dapat hadiah nie hehehe...tapi dia leh jawab entahlah suka-suka je dengan muka selamba (muka takde perasaan) heheh..dengan penuh excited terus buka hadiah dan memang happy sangat sebab dapat jam yang tangan yang memang cheq hanie suka...siap like at IG masa mula-mula nampak dalam iklan...tak sangkalah akhirnya boleh jadi milik cheq hanie jugak heheh..

                           Inilah putu bambu saya ...warna pink lagi...hehehehe


      




Wednesday, 8 June 2016

Kena Pergi Training lagi...

              Mungkin ada sesetengah orang suka dengan training tapi ada orang paling malas untuk pergi traning...bagi cheq hanie sangat suka jika ianya bersesuaian dengan bidang kita ceburi tapi akan jadi mengantok boring jika topiknya luar dari minat atau bidang kerja kita...Cheq hanie ni taklah selalu terlibat dalam kursus ni tapi dalam setahun tu pasti akan ada..
                               Setiap kali kena hadir training mesti cheq hanie memilih tempat paling belakang..port paling sesuai untuk perhati di sekeliling...hihi...Apa perkara yang biasa cheq hanie buat bila berada dalam bilik training...
1.Tertido
2.Menconteng paper dengan aneka lukisan
3.Keluar pergi tandas amik angin..
4.Main plastik gula-gula
5.Main handphone open lock or reply wassap
6. Take note yang mana rasa-rasa penting
7.Bila dah ngantok sangat kacau rakan sebelah..curi-curi bergosip
8.Analisi pakaian rakan-rakan traning..penceramah..heheh
9.Perhati kawasan bilik training..hehehe
10. Excited nak tahu apa menu dan bila lunch or break time..hahahah

 

Sunday, 5 June 2016

Kapal Terbang MAS MH01 Dilanda Gelora Besar Di Udara

Memang terkejut jugak la pagi ni masa drive nak ke tempat kerja dengar berita dari radio menyatakan Kapal terbang MAS MH01 mengalami masalah dilanda ribut gelora angin yang kuat di udara.Penerbangan yang berlepas dari Londa semalam mengalami insiden ketika  dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari London. Kemalangan berlaku apabila pesawat tersebut mengalami gelora udara yang agak kuat.
 
Pergolakan itu berlaku kira-kira tiga hingga lima minit apabila kira-kira tiga jam sebelum kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Menurut seorang penumpang di tempat kejadian pesawat mengalami pergolakan, krew kabin baru sahaja ingin menghidangkan makanan kepada penumpang. Dia melihat bungkusan makanan melayang dari troli makanan dan salah seorang kepala pramugari terhantuk sebelum jatuh.
       Alhamdulilah ...Syukur lah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.Seorang pegawai dari Malaysia Airlines Berhad (MAB), tidak mahu mengulas lanjut mengenai jumlah bilangan penumpang serta anak kapal yang cedera, walaubagaimanapun dia memastikan pengendali syarikat penerbangan itu akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa untuk beri berita terbaru mengenai kejadian tersebut.

Friday, 3 June 2016

Dia Emak saya

Ibu..emak..mama..atau umi..tak kisah apa jua pangilan kita panggil orangnya tetap sama memiliki hati yang sangat murni sanggup bergandai nyawa..Dari kecil hingga dewasa ibu tanpa jemu atau letih memikirkan kita dalam benak kotak pemikiranya...Bagi ibu anaknya tak pernah dewasa walaupun anak dia telah pun bergelar suami ..isteri atau mungkin seorang ayah dan ibu...

Tapi kenapa ada anak yang selalu lupa akan insan ini..hanya pentingkan diri...selalu lupa bila senang...selalu amik kesempatan atas kebaikanya..selalu menyusahkan..lebih mementingkan diri sendiri dari ibunya sendiri..Tapi insan  murni ini tidak pernah merungut atau mempersoal tentangnya...

Emak..ibu..umie..mama..mungkin boleh jaga anak sepuluh tapi anak belum mungkin dapat jaga ibu seorang...

ini emak saya..saya sayang emak saya...Terima kasih diatas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah emak berikan ...

 





Mengandung anak ke 2


                         Cari-cari dokumen dalam fail laptop terjumpa pulak folder pic birthday ke 27 yang sarat menanti detik kelahiran anak ke dua Zac Aidiel..nak tergelak pun ada bila tengok pic nie...dengan muka pucat dan tembamnya hehehe
             Betul kata orang tua-tua bila kita mengandung ni watak ibu yang mengandung itu di pengaruhi oleh anak dalam kandunganya..."jika anak dalam kandungan itu bayi lelaki ibu akan selalu sindorm tidak suka untuk bersolek atau berhias hingga menampakanya seakan lebih pucat dari biasa berbanding ibu yang mengandungkan anak perempuan wajah akan lebih berseri kerana lebih berminat untuk berhias...tapi ini hanyalah sebahagian ye..tidak semestinya hehehe

Tak kisah lah apa sekalipun yang penting masa ini memang tak sabar nak menanti cahaya mata ke dua...
 Satu lagi sindrom orang mengandung ini akan selalu buat banyak perkara pelik sewaktu hamil tanpa dia sedari macam contoh masa cheq hanie pregnant suka sangat makan makanan yang sama setiap hari tanpa rasa jemu...hairan kan.. kalau boleh hari-hari nak makan makanan yang sama hehehe...


Bila Kami Jumpa Camera..

              Aktiviti sepanjang masa...bila free dan ada handphone di tangan...
pe lagi selfie ala-ala model gitu..hehehe
           Rakan kerja yang memang sporting dan saling support each other.....