Google+ Followers

Sunday, 6 March 2016

Resort Duyung Cherating Kuantan


                Ok next percuti Cheq Hanie kali ni adalah Resort Duyung Cherating Kuantan ,bila nampak je pintu masuk kuantan nie dah excited tak sabar nak sampai heheheh...


           Cherating  ni jalan menghala ke Terengganu so nampak je simpang ni sebagai tanda pintu masuk ke cherating ye..
              Sampai je masuk kawasan resort terus snap pic ni sebelum pergi reception untuk amik kunci bilik yang cheq hanie dah book sebelum datang.
 
              Paling best sini tak susah nak cari paking ,depan resort je boleh parking kereta so tak payah nak fikir majlis perbandaran atau polis saman paking ye hehehe..
                 Permandangan salah satu pondok di resort duyung Cherating ...best kan...
                   Permandangan resort ni memang terbaik rumah-rumah kecil ala-ala pondok menghadap pantai yang biru..segarnya rasa . Hilang stress sampai sini.Setiap rumah pondok ni ada katil ,aircond , bilik air , televisyen dan peti ais . Dari atas katil kalau open je langsir dah boleh nampak laut .
             Suasana yang tenang dan jauh dari kemodenan bandar ..kalu rasa nak konvoi pun best .Pihak resort juga ada menyediakan kemudahan Bekas untuk BBQ dan alat-alat sukan air untuk disewa.
                 Layan hero Zac Aireal  tengok pantai sambil amik angin..sementara menunggu suami tersayang bukak pintu bilik and angkut barang-barang masuk..


               Sebelum buat apa-apa aktiviti jom kita selfie ..dua orang hero Cheq Hanie dah tak sabar nak turun pantai nie..
      
 Di Resort Bali ni ada kedai kecil yang menawarkan perkhidmatan handicraft ,batik dan lain-lain.
          Beginilah suasana malam di resort ni ala-ala uptown di bandar kota raya, so kat sini kita leh cari barang cenderahati ,pelampung dan baju mandi untuk anak-anak kalau terlupa bawak harga pun agak berbaloi.
             Kedai-kedai kecil sepanjang jalan ni cuma berhadapan je dengan resort duyung ni ,kat resort ini juga ada gerai makan dan barang-barang runcit sehingga lewat malam so jangan risau nak pek barang banyak-banyak.
                Bagi siapa-siapa yang berminat nak cuba bercuti kat Resort ni bolehlah try call ye ..kena book dulu bagi memudahkan anda merancang perjalanan..takut nanti dah sampai dah fully book..Untuk pengetahuan korang Kuantan cuti sabtu ahad tapi selalunya hari jumaat dan sabtu memang susah nak cari hotel/resort/bilik yang kosong..All the best hehehe...

No comments: