Wednesday 3 February 2016

RESEPI GULAI REBUNG MASAK CILI API

Gulai Rebung Masak Cili Api

Bahan-bahan
1.Lada kecil 6 biji
2.Bawang merah 4 biji
3.Bawang Putih 2 biji
4.Asam Keping 2 keping
5.Serai 2 batang
6.Kunyit
7.Garam
8.Aji no motor
9.Santan 1 kotak
10.Rebung semanggkut

 Cara-cara
1.Tumbuk lada kecil ,bawang kecil,bawang putih , kunyit
2.Masukan bahan yang di tumbuk tadi ..masukkan serai yang telah di tumbuk,asam keping
3.Masukan santan kacau
4.Masukan Rebung kacau sehingga rebung masak.




Taaaraaa... inilah hasil dari air tangan cheq hanie...kalu nak dapatkan warna yang lebih menarik boleh masukan sedikit kunyit serbuk...boleh juga di tambah dengan daging,perut, udang untuk lebih menarik..



Tips Rebung tahan lama agar tidak masam..

Sayur rebung enak dimakan dengan pelbagai cara. Namun rebung yang dibeli, selalunya tidak dapat bertahan lama . Jika anda merancang untuk menyimpannya rebung tersebut untuk satu tempoh masa yang pendek, ada petua yang harus diikuti bagi mengekalkan keenakannya .

1. Masukkan air dan rebung ke dalam periuk dan celur sehingga separuh empuk.
2. Toskan rebung tadi dan masukkan ke dalam bekas bertutup.
3. Isikan air bersih sehingga menenggelamkan rebung tadi. Tutup bekas dengan ketat.
4. Simpan bekas berisi rebung di dalam peti sejuk. Buka bekas apabila anda mahu memasaknya    sahaja

No comments: