Wednesday 23 November 2016

Ceriakan Buah Hati Anda Dengan Flowerday

                    Zaman yang serba cangih mangih ni semua benda boleh dibuat dengan mudah...Tak perlu lari kesana sini untuk surprise kan pasangan atau buah hati  kita hanya perlu order online Flowerday dengan harga yang berpatutan mampu membuat pasangan anda tersenyum .
    

                   Di Flowerday ini bukan sahaja murah tapi cantik .Pelbagai category surprise yang boleh diorder tak semesti bunga cenderahati pun ada .
        


           Salah satu gubahan yang ditawarkan..nak detail sila ke website flowerday..


Contact Details

Email Address       : info@flowerday.com.my
Contact Number   : +603 7866 0155
Address                   : 81, Jalan SS2/55, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Wednesday 16 November 2016

Koleksi Shawl Baru

SHAWL SATIN
Tak tahulah kenapa cheq hanie lebih tertarik kepada tudung jenis shawl berbanding jenis lain-lain mungkin kerana ianya panjang dan senang untuk digayakan dengan pelbagai cara selain mudah digosok .Sebenarnya inilah kali pertama cheq hanie membeli shawl berwarna merah .Jom Cheq hanie share 2 cara mengayakan shawl ini


Gaya sempoi macam ni sesuai untuk berjalan-jalan atau ke majlis-majlis tertentu.Nampak lebih rilex.


Gaya ini lebih casual sesuai untuk ke urusan rasmi atau pejabat.


Tuesday 15 November 2016

Kapor Sirih Dan Limau Nipis Bantu Untuk Kekal Ramping






          Mukin ada yang tidak tahu perubatan tradisonal kampung mengunakan jus perahan limau nipis dan kapur sirih untuk mengecutkan perut bagi ibu-ibu selepas bersalin sebelum memakai bentong ketat bagi mengembalikan bentuk tubah normal dan mengelakan rahim jatuh ketika berpantang.

Caranya perahan jus limau akan digaul bersama kapur sirih dan disapu sekitar kawasan perut untuk mengecutkan perut dengan lebih cepat.Ianya harus diamalkan sepanjang tempoh berpantang untuk mendapatkan kesan .Based pengalaman cheq hanie sendiri memang super duper berkesan..kepada semua yang bakal menempuh alam berpantang boleh try cuba ye..


Masej Untuk Insan Sombong

                      " Mengapa kena ada sifat Sombong dalam diri kita ni..siapa sangat kita ni yang yang hanya menumpang di bumi Allah ...sebab kita tak kaya,tak de pangkat,tak de rupa,tak de nama gelaran dato/datin/tansri bagai atau orang sekeliling kita ni serba-serbi kurang dari kita yang serba sempurna??..

                Jangan terlalu sombong dan angkuh atas apa yang kita miliki ianya tak boleh dibawa ke akhirat kelak hanya dosa yang terikat rapi menanti hukuman akibat dari kesombongan kita tu.Jangan beri alasan iman senipis kulit bawang yang membuat kita alpa dan sentiasa membuat silap kalau diri kita sendiri menanam sifat tu dalam diri sendiri.

Bukankah hidup ini lebih indah jika kita sentiasa disayangi dan menjaga hati orang lain..bukan minta hadiah wang ringgit setiap hari cukuplah sekadar suah senyuman ikhlas..bukan minta disanjung mulia cukuplah sekadar ucapan salam bukan minta dianugerah kemuliaan cukuplah mohon maaf andai tersalah bicara.
 

Super Nose Cara Baru Mancungkan Hidung Tanpa Sakit






                       Produk kecantikan terbaru "Super Nose"yang mampu memancungkan hidung tanpa perlu pembedahan yang menyakitkan atau ubatan-ubatan hanya perlu masukan alat silikon sebesar subang ke dalam lubang hidung untuk dapatkan hidung yang mancung persis ratu cantik hahah..
Silikon Super Nose ini ada saiz mengikut kehendak pengguna :-
 XS :Mancung kurang 2.6cm
S :Lebih mancung 2.7cm
M :Sangat mancung 3,3cm keatas


Tips Memakai lipstik Agar Nampak Kemas


 Ok Cheq Hanie nak share tips untuk kemasakan lapisan lipstik pada bibir.

 Ambil pensil pelukis bibir lakar mengikut bentuk bibir untuk lebih cantik gnakan warna yang sesuai dengan warna lipstik yang hendak dipakai  kemudian barulah sapukan lisptik yang kita nak pakai.Hasilnya warna lipstik akan lebih kemas.


Tahukah Anda Garam Boleh Membuang Toksik Dari Badan kita





                           Tanpa perlu berbelanja besar kita masih lagi boleh membuat rawatan membuang toksid dalam badan kita yang memyebabkan kesihatan kita terjejas.
        
                    Cara-caranya sangat mudah Letakkan air suam ke dalam mangkuk berisi garam kasar dan rendamkan kaki untuk beberapa ketika .Air akan berubah sedikit demi sedikit ke warna kuning keemasan mengikut tahap serius toksin dalam badan kita.
                Toksin dalam badan kita adalah disebabkan beberapa faktor seperti pencemaran air,pengambilan makanan yang tidak sihat,pencemaran udara,merokok dan lain-lain.Salah satu tanda-tanda badan mengandungi toksin adalah sukar membuang air besar,mulut berbau,penghadaman kurang baik,perut kembong,kurang bersemangat,badan menjadi lemah mudah dijangkiti penyakit seperti demam atau selsema,hilang tumpuan ,muka pucat jeragat,susah untuk tidur,cepat berasa cemas atau marah.


                              

Monday 14 November 2016

Resepi Nasi Lemak Cinta Manis By Cheq Hanie

Jom kita Memasak nasi lemank cinta manis ala cheq hanie untuk family tersayang..

Bahan-bahannya :-
  1. Beras 3-4 cup
  2. Telur  3-4 biji
  3. Minyak masak 1mangkuk kecil
  4. Lada Kering 25-20 tangkai
  5. Mentimun 1 biji
  6. Santan kepala 3 jag
  7. Garam
  8. Gula
  9. Ikan bilis   1 mangkuk
  10. Bawang besar 2biji
  11. Bawang merah 2biji
  12. Bawang putih 2biji
  13. Halia setengah inci
  14. Daun Pandan 4 helai
  15. Asam Jawa

Cara-cara Masak Nasi Lemak:- 
  1. Basuh beras dan letakan pati santan 2mangkuk  dan tambah sedikit air masak ikut   sukatan paras air sama seperti kita masak nasi biasa.
  2. letakan daun pandan yang telah disimpul.
  3. letakan hirisan halis berserta garam dan kacau hingga sekata dan masakkan dalam periuk nasi.
 
 Cara-cara Masak Sambal :- 
  1. Blender lada kering,bawang kecil,bawang putih. 
  2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis hingga garing angkat dan toskan minyaknya.
  3. Seterusnya goreng pula bawang besar yang telah di mayang halus dang angkat.
  4. Tumis bahan yang telah diblender tadi ke dalam kuali panas sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi kacau.
  6. Masukkan 1mangkuk pati santan dan bawang besar yang telah digoreng tadi..
  7. kacau dan masukan air asam jawa,gula garam secukup rasa.
  8. Rasa dan hidangkan
*** rebus telur dan potong mentimun. 


 

Sunday 13 November 2016

The Burger Shop Yang Famous Di SS15

Musin hujan ini perut memang cepat lapar walaupun baru je makan hahah..so Encik husband ajak keluar pusing-pusing amik angin malam..tiba-tiba rasa nak makan burger malam semalam so singgah lah ke SS15 subang jaya yang memang ada banyak pilihan gerai-gerai burger.


 Area Subang Jaya SS15 ini memang banyak gerai makan tak kurang juga gerai-gerai makan "truck food "yang sangat femes sejak mejak ni..So kami decided nak singgah makan burger di The Burger Shop yang sangat femes untuk area subang jaya ss15 nie..
 Biasa kalau beli burger disini cheq hanie hanya "Tapau" je nak cepat tapi hari semalam saja nak lepak-lepak santai sambil amik angin malam so kami pilih makan je disini.
Yang special kat sini daging burger dia di belah dan diapit dengan telur sungguh menyelerakan..ramai jugak la pelanggan kat sini tak kiralah yang menunggu untuk "tapau"atau makan disana.
 Disini bukan hanya dijual burger tapi ada juga beberapa menu tambahan yang tak kurang hebatnya simple tapi still ada keistimewaanya.
 Tukang Masak burger ini sangat pantas memyediakan makanan kami tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan yang kami makan
order.






Antara menu yang kami pilih iaitu Burger Daging Special


Burger Ayam Special

FRENCH FRIES

HOT DOG JOMBO
CHEESE WEDGES


jemput-jemput makan..hehe





Jom Cuba Masker Peel Off Dari Daiso

Ok jalan-jalan hujung minggu di Paradigm mall terjumpa kedai ini terasa macam menarik so terus masuk usha-usha kot-kot ada benda yang menarik..Sebenarnya muka kali pertama masuk kedai ni tapi baru kali ini rasa nak story pasal product dari Jepun ini.Menariknya di kedai ini harga barangnya semua sama serendah RM5 setiap satu..

Banyak jugak barang di kedai ini sekali tengok macam kedai Rm2 OR Rm5 tapi ada lagi banyak barang yang dijual bermacam-macam dari peralatan menulis,memasak,perhiasan,peralatan rumah ,mainan,makanan,peralatan kecantikan dan macam-macam lagi .
 
              So usha-usha di bahagian peralatan kecantikan tertarik dengan produk ini masker Peel Off " Charcoal Natural Pack Peel off Mask" untuk menhilangkan bintik-bintik hitam di wajah terutama dihidung dan bawah mulut.
               Selesai mandi dan mencuci muka terus mencuba produk ini..sapu di bawah dan biarkan dia kering seketika sambil baca novel ..Cecairnya yang berwarna hitam akan kering dan kita boleh menarik salutan hitam tadi dari wajah dan boleh lihat hasilnya terdapat bintik-bintik hitam yang melekap pada masker tadi .

 Hasilnya sangat memuaskan..kulit jadi cerah bersih dan lembut..