Google+ Followers

Monday, 28 March 2016

Pizza Vs Satay


            Kali ini cheq hanie nak share 1 lagi restoran yang best untuk korang cari makan  area usj subang jaya ni..parking memang tak ada masalah selain alamatnya yang mudah nak dicari jom waze je ye hehe..
     Restoran Pizza Vs Satay ini ada menyediakan untuk tempahan kalu korang nak buat majlis makan-makan yer sama ada order makanan sahaja atau nak buat event di restoran ini. ..tapi kena book dulu lah yer..
      Restoran ini ada menyediakan ruang untuk majlis makan-makan yang kita mahu..so setiap kali ada event mereka akan menyediakan paparan lukisan bersesuai dengan thema korang yer..
                       Cheq hanie sangat suka hiasan dalaman kedai ini berkonsepkan vintage style yang mana mengunakan barang-barang antik di dalam ruang selain warna yang memberikan ketenangan untuk menikmati makanan..ala-ala romantik gitu..
                           Di restoran ini kita diberi pilihan sama ada makan di dalam ruang yang berpenghawa dingin atau di luar sambil menghirup udara luar yang lebih sempoi..
                  Konsep vintage pada interior dalaman restoran ini  dapat menimbulkan kesan antik, hangat, nyaman, dan homey bagi setiap orang yang menempati ruang tersebut.

                    Bagi Cheq Hanie perkara yang unik di restoran ini kalu kita order minuman , pelanggan harus menambah sendiri kuantiti gula agar bersesuaian dengan selera masing-masing..so kira tak delah yang nak complaint manis la pahit la..hhee
                                                     
              Restoran ini ada macam-macam jenis ketogori makanan dengan harga yang berpatutan so jangan risau yer..

                                     Antara menu yang femes ames kat sini ...



                                          Ini salah satu menu yang cheq hanie order ...

                           Inilah rupa pizza kat sini..terbaik....







                     Kalu tak percaya tengok bill ini macam-macam menu cheq hanie order tapi bill masih releven kan ...Bagi siapa-siapa yang berminat bolehlah singgah ke restoran ini  yer..
Contact Number : 03 56388848
Address : Pizza vs. Satay USJ, Selangor, Malaysia address
2, Jalan USJ 11/3J, USJ, Subang Jaya, Selangor 47620

No comments: