Google+ Followers

Wednesday, 28 June 2017

Awas Bedak Dan Kanak-kanak???

     Bedak kalau ada anak kecil banyak gunanya dan memang akan sentiasa ada dalam stok dirumah tanpa putus..boleh dikatakan barang wajiblah hihi..tapi bila bedak disalah guna seperti ini agak-agaknya perlu ke diketogorikan barang bahaya dirumah dan perlu letak tanda AWAS ...hihihi

     Siapa yang ada anak kecil macam cheq hanie pasti melaluai saat kejadian macam ni..harap bersabar dan bertenang ye..hihii

Tuesday, 27 June 2017

Projak Bakar Lemang

     

  Menu lemang ini memang sinonim dengan perayaan hari raya..so kalau raya tak ada menu ni tidak meriah la raya tahun tu..tapi jangan tak tahu buat juadah lemang ni bukan mudah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi yelah mana taknya duduk berjam-jam depan api dalam berpuasa tapi alhamdulilah semua tu tak jadi penghalang jadi tak hairanlah kalau harga lemang ni agak mahal di pasaran sana..dan yang penting bukan semua boleh masak lemang dengan sempurna dalam pengalaman keluarga cheq hanie bakar lemang ni macam kami pernah kena tak jadi keras..lembik...hangus..mentah..tengah bakar hujan turun macam-macam la tapi kita belajar dari pengalaman alhamdulilailah berkat kesabaran kami 1 keluarga tak putus asa akhirnya jadi jugak air tangan sendiri...lemang panas..berkat team work 1 family..
 
  •        Lemang panas ini memang best makan bersama rendang inilah menu yang cheq hanie rinduai setiap tahun..



Aidilfitri Hari Baru Buku Baru

         Setelah berpuasa selama sebulan tibalah masa untuk kita merayakan hari kemenangan 1 syawal hari raya aidilfitri...berkumpul bersama ahli keluarga...sanak saudara..serta sahabat andai memohon maaf disepanjang bersama perkenalan..bohong la kalau kita tak pernah membuat silap dan salah pada orang lain..jadi adat dan sesuatu yang normal kita sebagai manusia yang sentiasa membuat kilaf dan yang penting kita tidak malu memohon maaf pada insan yang kita sakiti tidak kiralah sama ada fizikal atau kata-kata.
              Kadang dalam kita bercakap tanpa sedar telah membuat orang disekeliling kita terkecil hati walau jauh disudut hati berniat begitu..jadi sempena hari raya aidilfitri ini cheq hanie ingin memohon maaf andai terkasar bahasa dalam blog cheq hanie yang serba kekurangan ini...menyusun 10 jari dengan ikhlas hati..harap 0-0..ni cheq hanie belanja sekeping dua pic raya..