Thursday 28 May 2020

Full Paying Patient - Hospital Putrajaya 2019


  Alhamdulilah pada tahun January 2019 yg lepas Cheq Hanie baru sahaja selamat melahirkan anak ke 3 di Hospital putrajaya. Ok untuk kali nie Cheq Hanie bersalin disini dan mencuba pakej FPP atau nama panjangnya Full Paying Patient.


 Kat sini Cheq Hanie nak share pengalaman sepanjang berada di hospital itu dari check up hingga bersalin.Pengalaman kali ini agak berbeza kerana sebelum ini dua ank Cheq Hanie sebelum ini bersalin normal tapi kali ini ada sedikit masalah so terpaksa bersalin secara czer.

Untuk amik pakej ini korang memang kena book awal kerana pakej ini ada limit ,macam Cheq Hanie book semasa kandungan seawal 4 bulan .Korang boleh search no telifon hospital yang ada pakej Fpp ini untuk membuat booking ye.Nanti mereka akan Tanya beberapa detail macam bila due date ,nama,phone number dan kita boleh pilih siapa doctor yang kita nak pilih macam di Putrajaya ada 3 orang doktor

Ini nombor yang saya call: 03-8312431 – FPP PUTRAJAYA


Nurse akan berikan tarikh temujanji check up bersama doctor pilihan kita tu bila kandungan memasuki 7 bulan. Boleh pilih doktor pakar yang mana kita selesa (personal gynae). Doctor tu yang akan in-charge dari check-up bulanan sampailah masa bersalin nanti.

Ok masa check up ni kena bayar ye setiap kali lawatan check up sebelum kita check up kena amil numbor dan buat bayaran terlebih dahulu seperti berikut:-

·         RM60 (Check up/consultan fee)
·         RM75 (Scan)
·          Total = RM135


*Bayaran berbeza jika hari biasa dan hari minggu (sabtu/ahad)
*Ini kos untuk 1 kali perjumpaan dengan kita punya personal gynea.
*Untuk proses pembayaran nanti GL atau insurans tidak dibenarkan.TUNAI SAHAJA.
*Deposit Rm3000 hanya perlu dibayar ketika kita admit untuk bersalin.
Kalau bil kita kurang daripada jumlah RM3000, waktu discaj nanti kita boleh ambil bakinya dan begitulah juga sebaliknya. 
Jika semasa kandungan kita mempunyai masalah kandungan caj lain akan dikenakan mengikut advise rawatan  dari doktor pakar kita.Jika tiada masalah tiada caj tambahan akan dikenakan Caj bilik untuk admin seperti
Untuk Harga Bilik
·         Executive room: RM300/night
·         Consultation fee: RM120/visit
·         FPP procedure fee: RM 180
·         Lain-lain caj: RM62.80
·         JUMLAH: RM 1082.80


JENIS BILIK
Harga: RM300/night untuk Executive Room.
Harga ini applicable untuk pilih bilik seorang atau berdua. Harganya tetap sama. Jadi ikut sukalah nak pilih yang mana.
Kelebihan yang diberikan Mr Husband boleh menemani kita tanpa mengikut waktu senang kata Suami boleh tunggu 24 jam tanpa berenggang sesaat dan disediakan kerusi yg mana boleh dijadikan katil untuk suami tidur.Selain itu bilik juga akan di lengkapi sebuah TV,Peti ais kecil serta Tandas privacy.


MAKANAN

Setiap malam sebelum tidur, nurse akan datang bawa menu makanan keesokan hari. Boleh pilih sama ada kita nak menu Western atau atau nasi.

 

LAYANAN

Sebab saya bersalin czer, untuk pulih dari ubat bius amik masa..so mereka hanya akan berikan kepada kita jika keadaan agak baik..so kita diberikan masa yg lama untuk berehat.Untuk kes Cheq Hanie bayi de masalah kuning dan pernafasan bayi agak laju so mereka akan hantar ke NICU untuk rawatan dan pemantauan tp kita akan diberikan kebenaran bila-bila masa untuk melawat ok so jgn bimbang.


 KOS BERSALIN DI FPP PUTRAJAYA

Saya bersalin secara pembedahan dan kosnya adalah seperti berikut:
Caj untuk Emergency Ceasarean termasuk
·        Wad 3D2N (wajib untuk Ceasar)
·        Bekalan 10 unit Enoxaparin Injection (ubat cair darah) yang Ini kena cucuk sendIri selepas keluar wad.

 So kalau ada nak tanya pasal pakej ni boleh komen insyallah Cheq Hanie boleh share info yg Cheq Hanie tahu ye..Insyallah.

I'm Back 2020





           Selepas beberapa tahun Cheq Hanie berhenti menulis blog kini rindu untuk berkongsi cerita suka duka bersama pembaca dan rakan blogger ...kata orang sharing is Caring kan..Alhamdulilah tahun 2020 ini banyak perkara telah berlaku kepada kehidupan kita bukan kita sahaja negara dan dunia turut melakar pelbagai suka duka cerita..banyak yang kita pelajari dan ketahuai.

  First juga nak minta maaf kepada rakan dan pembaca yg sudi komen dan hi kat cheq hanie tp maaf juga kalu ada yg tak Cheq Hanie reply dek masalah masa yang sangatlah terhad dengan hal keluarga..anak-anak yg tengah membesar ni dengan pekerjaan yang tidak pernah selesai kan.

          Alhamdulilah banyak yg Cheq hanie nak cerita dan share info almaklumlah dah lama berehat blogkan excited to aktif back dan cari rakan baru tok saling kongsi pendapat .Hope korang sudilah ajar dan beri pendapat pada Cheq Hanie ye...