Thursday 29 September 2016

Khilafnya Seorang Insan


     Bila mood berpuitis dah datang....idea bertalu-talu sambil drive pun menjadi draw dalam handphone..heheh
 




Wednesday 21 September 2016

ANGIN PAGI DI GENTING HIGHLANDS...

           Salah satu perkara yang boleh membantu kita menghilangkan tekanan kerja adalah menikmati permandangan hijau..tapi zaman sekarang ni bangun je pagi apa yang kita nampak hanyalah bangunan batu ,jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan bukan menghirup udara segar tapi asap-asap dari macam-macam corong bukan kabus pagi yang sejuk dan menyegarkan tapi asap jerebu yang melemaskan ..
      Nah Cheq Hanie belanja permandangan dari atas bukit genting ...lapang mata memandang pokok-pokok hijau dengan angin bayu yang sejuk hilang rasa resah dan tekanan yang menyemak  dalam kamar kotak fikiran dengan macam-macam hal.
 
Sempat selfie tepi lereng bukit genting heheh sebelum sambung perjalanan ke atas bukit genting .
              Sekali sampai atas genting kabus tebal wah terasa macam kat new york lak hehehhe sampai pucat dan terketar-ketar tangan heheh.

Menunggu turn nak naik permainan kapal air.
                     Layan anak-anak masuk permainan Indoor cuaca luar yang sejuk sangat tak mengizinkan anak-anak kecil nanti kena selsema pulak heheh..
       Sebelum kita turun balik meh singgah ke taman strawberi petik buah dan beli sayuran segar yang ada dijual di dalam taman ini . Taman ini ada bayaran minimum yang dikenakan yer tapi masih berbaloi kerana kita akan dapat lihat taman bunga yang cantik..
                  Ni ladang Lavender salah satu ladang yang ada dalam taman Stawberi wah memang rasa nak je petik-petik geram tengok bunga ni.
                           Dalam Taman ada kita akan menikmati pemandangan yang cantik dengan pelbagai jenis bunga segar yang disusun indah.

                    Ni yang paling cheq hanie suka ladang stawberi disini pengunjung boleh memetik sendiri buah stawberi yang fresh tapi dengan syarat bayar dulu heheh di kaunter berdekatan dan pengujung akan diberi bakul untuk memetik buah dan ditimbang.Bayaran masuk hanya untuk masuk ke taman jika nak memetik sendiri buah stawberi kena buat bayaran lain jangan salah paham yer.

Bila Zac Aireal mengadu Sesak Nafas

            Batuk dan selesema memang penyakit yang kerap menghantuai kita tak kira la sama ada dewasa atau kanak-kanak tapi memng kesian sangat la kalau anak-anak kecil yang kena sedangkan kita orang dewasa rasa ketidakselesaanya ini kan pula anak-anak kecil.Cheq Hanie rasa kesian sangat bila anak kena penyakit selesema selain sering mengadu sesek nafas
          Perubahan cuaca juga boleh menjadi punca gejala penyakit selesa dan batuk selain kekurangan vitamin C dalam badan sebagai antibiotic melawan virus ini. Penyakit batuk dan selesema ini mudah untuk dijangkiti tak hairanlah kalau satu rumah boleh terkena penyakit ini.
            Selalunya kalau ke klinik doktor buat pemeriksaan akan memberi ubat tapi kalau tahap selesema agak teruk doktor akan offer untuk membuat rawatan  nebulizer- sedut gas yang mampu mencairkan kahak yang dapat membantu melegakan pernafasan .
            Selalunya selepas buat treatment ini kita akan sedikit mengantuk heheheh..

Friday 16 September 2016

Jom Layan Train To Busan

           

    Mengisahkan kisah seorang bapa dan anak perempuanya yang dalam perjalanan ke bandar Busan yang menaiki Kereta api yang mana berhadapan dengan masalah rusuhan zombie yang di telah menaiki kereta api itu tanpa disedari pegawai kereta api,seorang demi seorang telah dijangkiti virus itu dan telah bertukar menjadi zombie, akibat eksiden itu telah membuat kereta api menjadi huru-hara. 



     Actor kacak Goony Yong memangang watak bapa dan anaknya Kim Su-an telah bertemu sepasang suami isteri lakonan Jung Yu Mi dan Ma Dong Seok yang turut berada dalam Kereta api berkerjasama dalam menyelamatkan diri dari digigit zombie.



 Malangya bapa Goony Yong dan sisuami Ma Dong Seok telah digigit zombie dalam mempertahankan diri ,di pengakhiran cerita hanya watak anak Kim Su-a dan isteri
Jung Yu Mi yang berjaya selamat sampai ke bandar Busan dan menerima bantuan dari askar pertahanan Busan.
 

Menyakiti Hati Orang Lain

              
               Menyakiti hati orang lain perkara yang kita selalu buat samaada dengan sengaja atau tidak dalam hidup kita. Kita akan rasa sakit hati jika kita di pihak yang disakiti tapi macamana pula bila kita di pihak satu lagi yang menyakiti orang lain mungkin kita gembira jika memang ada niat nak menyakiti atau  bagaimana pula jika kita memang  tiada niat dan tak sedar apa yang kita lakukan.

                     Kalau kita menyakiti fizikal orang lain akan terlihat kesan darah,calar atau lebam tapi jika hatinya yang kita sakiti hanya yang disakiti yang tahu..Dalam persahabatan ,persaudaraan ,percintaan mahupun rumahtangga kita tak akan terlepas dari menyakiti dan disakiti.


                 Menyakiti dan disakiti memang perkara yang kita tak dapat lari selagi kita hidup di dunia ni.Kadang kalau ikut rasa sakit hati nak marah dan mengamuk tapi ianya tetap tak menyelesaikan masalah tapi akan menambah masalah , cuba kita fikir semula jika kita marah orang yang menyakiti hati kita bukankah ianya hanya mencipta musuh dan mewujudkan perasan dendam antara kita tapi selalunya kita hanya fikir pendek apa yang terlintas akan kita buat.
 
              Selalunya orang yang kita sayang juga tidak terlepas dari menyakiti hati kita samaada mereka sedar atau tidak .Mengapa agaknya mungkin kerana sayang hati mudah tersentuh dan sentap .Benarlah kata pepatah orang tua-tua sedangkan lidah lagi tergigit, sesuatu yang rapat atau paling hampir tidak lepas dari disakiti atau menyakiti.Pepatah yang membawa makna yang sangat mendalam.

Friday 9 September 2016

Bukan Semua Orang Memiliki Gigi Garham Bungsu

                          

                Cerita tentang gigi ramai yang akan jadi seram sejuk kan..termasuk la cheq hanie yang memang fobia dengan klinik gigi mungkin kerana mitos cerita-cerita dari orang sekeliling tentang betapa sakitnya jika membuat treament atau memang pernah mengalami pengalaman.
              Baru ini cheq hanie sakit gigi tapi still tahan sehinggalah dah berminggu-minggu dek kerana dah tak tahan call jugak la klnik gigi berdekatan dengan rumah untuk membuat appointment check gigi .Selesai check gigi doktor bagitahu gigi garham rosak dan perlu dicabut tapi doktor bagi pilihan untuk buat treament gigi rosak tapi perlu membuat 2 -3 kali lagi untuk treament ini memandangkan  gigi garham cheq hanie hanya ada dua dan tidak ada gigi garham bongsu .



           " Ha saya tak ada garham bongso ???? ...Doktor Norzah bertanya pernah cabut ker?? memang cheq hanie terkejut la "cheq hanie bagitau tak pernah cabut ..tapi bila doktor Norzah beri penjelasan memang ada sesetenggah orang tidak ada garham bongso kerana kecacatan kedududkan .Untuk tahu perlu melakukan ujian x-ray . Baru cheq hanie tahu yang bukan semua orag akan ada garham bungsu.
          Pada yang tak tahu garham bungsu @ Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Secara umumnya, gigi kekal akan mula tumbuh seawal umur 6 tahun manakala gigi bongsu pula selalunya mula tumbuh pada usia 18 tahun atau lebih.



 Kepada sesiapa yang berminat ke klnik Norzah area subang jaya  SS19 ni cheq hanie share alamat yer...

KLINIK PERGIGIAN NORZA
81A JALAN SS19/6 
47500 SUBANG JAYA
 SELANGOR 
TEL NO :56357904


Tuesday 6 September 2016

Tanda-Tanda Bentan Bagi Ibu Berpantang


         Dalam tempoh berpantang ramai ibu baru biasanya kurang memahami apa itu bentan dan apakah sintom awal terjadinya Bentan ini..bentang sangat bahaya ianya boleh menyebabkan kematian jika tidak diberikan rawatan.

       Wanita berpantang dinasihatkan untuk menjaga permakanan ,pergerakan tingkah laku dan sentiasa memakai stokin bagi mengelak dari badan dimasukan angin.Antara simptom awal Bentan adalah demam dan berasa sangat sejuk sehingga terketar-ketar satu badan,biasanya bentan ini disebabkan jangkitan kuman pada peranakan, rahim dan pundi kencing wanita selepas bersalin berisiko untuk mendapat jangkitan dek kerana kaedaan badan yang masih lemah .
        Selain itu Tanda awal bentan wanita akan mengalami lemah badan lesu dan berisiko untuk pitam atau pengsan akibat kekurangan darah atau turun darah.Ini mungkin disebabkan keadaan badan yang masih lemah atau makan makanan yang berbisa atau tajam seperti nenas atau terjatuh.

        Sakit di bahagian ari-ari sehingga ada kalanya menyebabkan berlakunya tumpah darah ketika berjalan atau bergerak . Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat ,tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau hempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan

       Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berjingkit-jingkit.

Taniah Preity Zinta Telah Berkahwin




Aktres jelita kesayangan ramai bollywood Preity Zinta telah berkahwin baru-baru ini dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Amerika syarikat,Gene Goodenough . Majlis yang berlangsung secara tertutup tahun ini yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat sahaja.
Menurut laporan Pasangan ini akan menjual gambar perkahwinan mereka dan akan mendermakan hasil jualan itu kepada yayasan Preity Zinta.

Monday 5 September 2016

Jauhi Ganguan Makhluk Halus Dari Anak Kecil

Pernahkah anda mengalami pengalaman anak menangis malam tanpa ada sebab..check lampin kering...bila diberi susu tak mahu..tukar baju dan check semua dalam keadaan okey dan sempurna tapi bayi anda tetap menangis tanpa henti mungkin ada ganguan lain,kata orang tua-tua budak kecil boleh nampak benda yang orang dewasa tak nampak seperti pintu langit dan makhluk halus.


Selain memasang ayat-ayat suci di dinding rumah kita mungkin boleh "memagari " kawasan rumah kita dengan bacaan ayat kursi dengan cara baca ayat kursi dan membayangkan kita sedang memagar kawasan tanah kita .Selain meletakan campuran garam dan lada hitam.nsyaallah dapat membantu menghindar ganguan dari makhlus halus





Resepi Gulai Ikan Masim Talam Masak Lemak

                 Seperti biasa aktiviti hari ahad ini meluangkan masa bersama keluarga almaklumlah dah hari lain bekerja banyak masa diabiskan dia office selalunya hari minggu ini kami akan keluar bersiar-siar bawak anak-anak atau duduk dirumah menguruskan kerja-kerja rumah yang tertangguh dek sibuk dengan urusan kerja di pejabat, So hari ini Cheq hanie nak share resepi selera kampung " Resepi Gulai Ikan Masim Talam Masak Lemak "

Hidangan Untuk 4 ke 6 Orang
Bahan-bahan
  • Ikan Masin Talam (Tulang)
  • Santan 2 Kotak/Sebiji
  • Serai 3 Batang
  • Bawang Merah 3 Biji
  • Bawang Putih 2 Biji
  • Lada Kecil 13 Biji
  • Kunyit Hidup Setenggah inci or Kunyit Serbuk 1 Sudu
  • Asam Keping 2 Keping
  • Tomato 3 Biji
Cara Memasaknya
  1. Masukan Ikan Masin Talam (Tulang) ke dalam periuk
  2. Amik Bawang Merah,Bawang Putih,Lada tumbuk atau kisar dengan blander sehingga lumat kemudian masukan kedalam periuk
  3. Titik serai dan masukan juga ke dalam periuk
  4. Masukan santan kotak atau santan yang telah di perah
  5. Masukan Kunyit serbuk untuk mencantikan warna kuahnya
  6. Jangan lupa masukan asam keping dan sedikit garam (pastikan garam di isi dengan sedikit demi sedikit ikanmasin akan membuat kuah menjadi masin jadi tak perlu letak garam terlalu banyak.
  7. Kacau di atas api sedingga mendidih
  8. Yang terakhir masukan tomato yang telah dia belah tadi dan hidangkan.
            Nah cheq hanie belanja gambar cara-cara buat ye...jangan cakap cheq hanie tak payung heheheh...selamat mencuba..







Friday 2 September 2016

Tips Memilih Cincin Kahwin

Ok kat sini Cheq Hanie nak share satu tips untuk memilih cincin kahwin berdasarkan pengalaman ..Cincin kahwin ini biasa dihadiahkan oleh pasangan sebagai tanda ikatan suami isteri di majlis akad nikah. Mengikut adat orang melayu cincin kahwin yang di pakai oleh wanita menandakan status seseorang wanita itu supaya tidak ada ganguan dari lelaki lain dan sentiasa dijaga dengan baik .Tapi zaman sekarang cincin kahwin hanya hiasan di jari jarang ada yang amik kisah mengenainya dan hanya syarat ketika majlis adat ketika majlis akad nikah dan sekadar perhiasan untuk mencantikkan diri.
           Untuk memastikan cincin kahwin sentiasa sesuai dan selesa dipakai setiap masa dan disemua majlis cincin kahwin
  • Carilah yang agak simple tapi cantik..ini kerana jika terlalu berat dengan permata atau ukiran membuatkan dia mudah untuk rosak .
  • Bentuk yang tegap dan kasar -ini perlu kerana dalam kita melakukan tugasan harian dirumah mahupun di pejabat tidak mudah bengkok atau patah.
  •  Tidak sarat dengan Permata -Elakan dari memilih design yang sarat dengan permata kerana cincin permata lebih cepat tertanggal jika kerap dipakai almaklumlah cincin ini sebagai tanda kenangan perlu sentiasa dipakai dan dijaga dengan baik.
  • Jangan memilih design yang mempunyai lengkungan/bucu yang tajam bagi mengelakkan tercedera jika terkena kulit lembut seperti anak-anak kecil yang kita jagai atau ketika mendukung anak kecil.
  • Memilih saiz sedikit besar dari jari bagi memberikan keselesaan ketika memakainya walaupun ketika saiz badan naik..
   Semoga perkongsian ini memberikan idea dan pendapat kepada bakal-bakal pengantin baru dalam memilih cincin perkahwinan yang sesuai agar lebih tahan lama dan sesuai di pakai pada bila-bila masa.

Pengguna Handphone Android Galaxy Note 7 Di panggil balik.



            Terkejut bila baca halaman metro hari ni yang mana Samsung hari ini menggantung jualan jualan model terbaru telifon pintarnya Galaxy Note 7 kerana mengalami masalah gara-gara bateri telifon berkenaan meletup .Presiden mobile businesss Samsung Electronics Koh Dong-Jin berkata "Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Samsung menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.




Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.
Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada kesan terbakar dan cair.
Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara.