Wednesday 9 December 2015

7 RESEPI BERPANTANG BAGI IBU SELEPAS BERSALIN




                  Berpantang sangat sinonim untuk ibu yang baru selepas bersalin ...kat sini cheq Hanie nak share dengan semua resepi-resepi untuk ibu berpantang so harap leh la ubah selera masa berpantang tak delah asyik nak makan benda sama hari-hari atau makan ikan bilis je atas alasan berpantang ..



MENU 1 :IKAN SINGANG BUAT IBU BERPANTANG
BAHAN-BAHAN
  • 4 ekor ikan selar kuning
  • 2 bawang Putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1inci halia
  • Air
  • Asam keping
  • Garam
  • 2 biji lada besar
  • Lada Hitam
CARA MASAK

  • Bersihkan bahagian ikan selepas itu letak dalam periuk yang berisi sedikit air (air bergantung pada individu nak kuah banyak isi banyak )
  • Hiris bawang putih, merah dan halia letakan kedalam periuk tadi
  • Potong lada besar dibuang biji campurkan dalam periuk dan letak sedikit lada hitam untuk rasa (terpulang nak lada merah atau hijau)
  • Rebus sehingga ikan masak dan campurkan garam.. hidangkan.


  TIPS
** Lada hitam dapat membantu memanaskan badan ibu yang dalam berpantang
** Halia bertindak membantu membuang angin dari badan  ibu selepas bersalin
      


AYAM MASAK KERING Bahan-bahan: 200 ml air 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 3 ulas bawang kecil – dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) Seketul halia – dimayang halus ½ sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
AYAM MASAK KERING Bahan-bahan: 200 ml air 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 3 ulas bawang kecil – dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) Seketul halia – dimayang halus ½ sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


MENU 2 : SUP AYAM ALA BERPANTANG
 BAHAN-BAHAN 

  • 250 ml air
  • 2 ketul ayam
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • Halia sebesar ibu jari – dihiris
  • Garam secukup rasa
CARA MASAK
  • Rebus kesemua bahan ayam , lada hitam halia dan garam..
  • Tambah air (ikut cita rasa nak kuah banyak tambah air lebih)
  • Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit hingga ayam masak.
  •  Angkat dan hidangkan.



MENU 3 : KERABU PEGAGA ALA PANTANG
 BAHAN-BAHAN 
  • Pegaga (lebih kurang 1 gemgam )
  • Sedikit Kelapa parut yang di goreng kering (dalam 2 sudu)
  • Isi ikan selar kuning yang dah direbus (dalam 2 ekor)
  • Lada hitam
  • Garam
  • 1 biji bawang merah
  • Ikan bilis goreng (ikut suka)
 CARA MASAK
  • Celur pagaga dengan air pnas tapi jgn terlalu lama n masak (agak-agak sahaja)
  • Potong ikut suka sebaiknya tidak terlalu panjang n pendek agar senang di makan
  • Amik isi ikan dan gaulkan bersama pegaga tadi masukan bawang merah yang dah dihiris,lada hitam ikut citarasa masing.
  • Masukan kelapa parut , sedikit garam dan taburkan ikan bilis goreng .
  • Hidangkan.

SUP AYAM Bahan-bahan: 250 ml air 2 ketul ayam ½ sudu teh serbuk lada hitam Halia sebesar ibu jari – dimayang Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
SUP AYAM Bahan-bahan: 250 ml air 2 ketul ayam ½ sudu teh serbuk lada hitam Halia sebesar ibu jari – dimayang Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fx




MENU 4 :BUBUR DAGING BERSALAI
BAHAN-BAHAN 

  • 500 gm daging lembu
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa 
  • Bubur yang telah di masak
 CARA MASAK


  • Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
  • Gaulkan garam dan kunyit
  • Gangang atas bara beberapa ketika sehingga masak 
  • Setelah itu hiris dan masukan de dalam bubur nasi yang dah dipanaskan
  • Hidangkan


MENU 5 : IKAN HARUAN MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan haruan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 4 biji lada besar (Merah )
  • Garam
  • Sedikit minyak
 CARA MASAK
  • Goreng ikan haruan yang telah di bersihkan dengan sedikit minyak angkat dan toskan (guna minyak dengan kuantiti yg sedikit )
  • Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada besar yang telah di buang biji
  • Panaskan minyak masak dalam 1 sudu tumiskan bahan-bahasn blender tadi sehingga naik minyak
  • Angkat dan letakan dalam pingang atas ikan haruan yang telah di gorengkan tadi


MENU 6 : IKAN BAWAL KUKUS UNTUK SI IBU





BAHAN-BAHAN
  • I ekor ikan bawal putih
  • 1 ½ inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 3ulas bawang putih
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu the lada hitam
  • 1 batang karot
  • Bunga kubis
 CARA MASAK




  • Lumurkan ikan dengan kicap ,lada hitam dan garam (perap seketika)
  • Letakan ikan dalam bekas kukus
  • Siram baki perapan atas ikan
  • Tabor bahan yang di potong atas ikan..masukan karot dan bunga kubis di sekeliling ikan
  • Kukus hingga masak (angaran dalam 10-12minit )
  • Hidangkan





MENU 7 : DAGING BERLADA HITAM
BAHAN-BAHAN
  •  250 gram daging lembu (dihiris)
  • 1 biji bawang besar ((dihiris)
  • 5 biji bawang putih (Dicincang halus)
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Karot (ikut citarasa) 
  • 1/2 lada bangala
CARA MASAK
  • Panaskan minyak jagung
  • gorengkan daging hingga garing angkat dan tos kan
  • Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
  • kemudian masukan daging tadi ,lada hitam ,kicap dan garam secukup rasa
  • Masukan karot dan lada bangala
  • Kacau dan angkat .




TIPS
**Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga


DAY                                                            MENU                      
ISNIN                                IKAN HARUAN MASAK MERAH   
SELASA                                    DAGING BERLADA HITAM
             RABU                            IKAN SINGANG BUAT IBU BERPANTANG
KHAMIS                             KERABU PEGAGA ALA PANTANG
JUMAAT                                    SUP AYAM ALA BERPANTANG
SABTU                         IKAN BAWAL KUKUS UNTUK SI IBU
AHAD                                           BUBUR DAGING BERSALAI


6 comments:

Syafiqa Hatta said...

Sedap semuanya. Saya yang belum kawen pun terliur tengok >.<

Cheq hanie said...

mmmmm rajin2 jengok blog Cheq Hanie nanti bila dah kawin leh la amik resepi ini...heheh dalam pantang akn cpat rasa lapar tapi xsemua benda boleh makan so apa yang boleh kita pelbagaikanlah heheh

:: Nia Rashid :: said...

sedapnya! tq for sharing. kita pon tgh pantang...pantang tgk mesti nak makan. hehehe. definitely gonna try these recipes. :)

Cheq hanie said...

heheh...samalah yer..anyway salam perkenalan..

Jaja said...

Tak pernah cuba lagi kerabu pegaga tu, macam sedap je kan. Boleh suggest kat kakak ni..dia baru bersalin baby boy :)

Cheq hanie said...

jaja : boleh je pegaga baik tok kesihatan wanita lepas bersalin..bila bt kerabu taklah pahit sgt kan..heheh..anyway salam perkenalan ye..