Wednesday 9 March 2016

Tergelamnya Kapal Selendang Ayu Di Lautan Alaska


                  Selendang Ayu adalah nama sebuah kapal kargo Malaysia dibawah pengedali IMC Group yang berpangkalan di Singapura telah dilaporkan karam di perairan Alaska. Kapal cargo selendang Ayu terdampar di pantai berais ANCHORAGE island selepas dihanyutkan selama 13 jam kerana mengalami masalah engin dan terputus dua akibat dipukul ribut kencang sekitar Disember 2004.



               Kapal tersebut membawa muatan bahan mentah penuh kacang soya dan bukannya jenis kapal tangki.Kapal Selendang Ayu, buatan Panama pada tahun 1998, mampu membawa muatan sebanyak 74,893 tan.Semasa kejadian, kapal tersebut membawa 60,000 tan kacang soya dari Tacoma, Amerika Syarikat ke China.


         Berikutan itu dengan bantuan pengawal pantai Amerika Syarikat Alex Haley (US Coast Guard) misi usaha dan menyelamat telah di buat . Sebuah helikopter telah ke tempat kejadian bagi menyelamatkan 10 orang anak kapal yang terkandas dalam kapal kargo tersebut tetapi terpaksa di hentikan kerana cuaca buruk di kawasan kejadian telah mengakibatkan helikopter yang digunakan dalam misi menyelamat terhempas. 

                       Helikopter tersebut yang membawa 10 orang kelasi kapal yang terakhir dari kapal kargo Selendang Ayu.Sebanyak 4 orang sempat diselamatkan manakala 6 lagi masih belum ditemuai.Kesemua anak kapal yang berjaya diselamatkan kini ditempatkan di Dutch Harbor
            Akibat dari peristiwa itu Perairan alaska telah dicemari dengan tumpahan minyak yang terbesar dalam tempoh 2 tahun selepas kejadian Kapal Exxon Valdez pada tahun 1989 yang mana telah berlakunya tumpahan minyak yang banyak .

                       Menurut pegawai pantai kawsan pantai unalaska island kelihatan dilitupi kira-kira 1.8 juta liter minyak pekat dan likat dari kargo tersebut yang digunakan untuk mengerakan kuasa kargo itu.Akibat tumpahan minyak yang banyak itu telah memusnahakan persekitaran dan membunuh hidupan laut di situ.Menurut kenyataan berkenaan, pihak syarikat bersama pasukan pengawal pantai berusaha mengurangkan kesan tumpahan minyak dari kapal tersebut yang kini terkawal.Bagaimanapun, keadaan cuaca dan kadar penglihatan buruk dilaporkan masih tidak berubah,'' jelas kenyataan itu.


 
 

No comments: