Wednesday 9 March 2016

Elly Mazlein Telah Selamat Bersalin Bayi Perempuan


             Alhamdulilah syukur dan taniah kepada Elly Mazlein yang telah selamat melahirkan bayi perempuan  seberat 2.5 kilogram pada jam 6.30 petang semalam secara normal .

                 Untuk pengetahuan anda, Elly bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan iaitu sekitar penghujung bulan ini tapi kerana mengalami tanda awal kelahiran pembukaan jalan sebanyak 2cm Elly Mazlein telah ditahan di wad .
                  Pelakon Elly Mazlein yang telah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November tahun lepas telah mengesahkan kepada Media Hiburan melalui aplikasi Whatsapp bahawa dirinya telah hamil anak pertama mereka pada 18 February 2015 
                  Berita gembira itu juga sempat dikongsikan oleh Elly Mazlein menerusi akaun Instagram miliknya. Buat masa ini, Elly masih belum mendedahkan wajah penuh serta nama anaknya kerana mahu menunggu selepas anaknya itu berusia 7 hari. 
Apapun Taniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan proses berpantang...

No comments: