Google+ Followers

Friday, 4 March 2016

Kulat Tahun

                        Ramai yang mukin tak tahu atau tak pernah tengok dengan Kulat Tahun ni..Kulat tahun ini sangat istimewa kerana bukan mudah didapati di pasaran... ianya jarang-jarang sekali tumbuh mukin sebab tu namanya pun kulat tahun.

                     Kulat ini kononya hanya akan tumbuh meliar di kawasan sejuk atau berbukit biasanya selepas hujan ribut petir atau hujan lebat tapi bukan tiap kali hujan dia tumbuh ye je kadang-kadang je ada kemungkinan untuk tumbuh...
                   Kalu ikut mitos yang nenek Cheq Hanie cakap kulat tahun ni tumbuh sebagai zakat dari serangga anai-anai...dan jarang sekali tumbuh..heheh kalakar lak dengar serangga pun pandai berzakat ini kan pula kita ini manusia kalu tak bayar zakat lagi teruk dari serangga lah ye heheh kelakar dah kata mitos ..hahahahah
               Kat sini Cheq Hanie nak share satu resepi best Kulat Tahun Masak Cili ...


Bahan-bahan
1 Mangkuk kulat tahun yang dah dibersihkan
6 -8 Biji cili api (Ikut citarasa nak pedas atau like-like)
2 Biji bawang merah
1 Biji bawang putih
1/2 Inci kunyit hidup
1 Batang serai
3 Sudu minyak masak
Garam (secukup rasa )

Cara -Cara :
1.Ambil cili,bawang merah,bawang putih dan kunyit tumbuk dalam lesung atau blender
2. Panaskan kuali dan masukan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik minyak
3.Masukan serai dan aKulat Tahun tadi gaulkan dan masukan sedikit garam biarkan beberapa ketika angkat dan hidangkan.




No comments: