Thursday 17 March 2016

Angkara Dadah Satu keluarga Di Bawa Ke Balai.

           Di Jempol Lima beradik termasuk ibu bapanya di bawa ke balai polis  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol berikutan ibu bapa mereka ditahan selepas polis menyerbu rumah dihuni keluarga berkenaan yang dijadikan pusat membungkus dadah di Kampung Dusat sekitar  jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

           Lima beradik yang berusia tiga bulan hingga enam tahun itu dibawa bersama-sama ibu bapa mereka ke IPD Jempol setelah pihak polis membuat serbuan dan pihak polis menemui 29 peket heroin seberat 158.9 gram dan 19 peket syabu seberat 103.5 gram yang diletak di bantal di salah satu  bilik tidur rumah berkenaan.
          Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, turut ditahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang datang ke rumah itu untuk menghantar selain mengambil bahan terlarang yang siap dipeket.



“Serbuan dibuat hasil risikan serta maklumat awam. Siasatan awal mendapati, pasangan suami isteri berusia 33 tahun serta 34 tahun terbabit mengambil upah membungkus dadah sebelum diserahkan kepada pengedar.
“Ketika serbuan, dua pengedar berusia 44 tahun dan 21 tahun cuba melarikan dirinya dengan menaiki BMW, namun dapat ditahan. Pemeriksaan di dalam rumah menemui dadah terbabit dengan sebahagian daripadanya sudah siap dipeket,” katanya ketika dihubungi, semalam.



No comments: