Thursday 18 February 2016

Penemuan Air Sungai Yang Mendidih...

                      Sungai yang mendidih ini dikatakan wujud  di Peru (Amazon ) yang terletak di situs suci Asháninka yang digunakan untuk penyembuhan dari panas bumi di Mayantuyacu.

                     Pada mulanya seorang saintis bernama Andres Ruzo yang merupakan mahasiswa kedoktoran dari Southern Methodist University Andres menganggap ianya mustahil pada mulanya  berpendapat mustahil kerana untuk mendidihkan sungai memerlukan kekuatan kepanasan bumi yang sangat besar kerana ukuran sungai yang kecil itu sukar untuk diterima serta jauh dari gunung berapi yang aktif  yang membuat saintis Ruzo semakin tidak percaya dengan fenomena tersebut.
 
                Saintis  Ruzo mendengar tentang Sungai Mayantuyacu yang mendidih ini daripada cerita nenek beliau yang kononya pada zaman dahulu sekumpulan tentera Spanyol telah pergi ke Sungai Amazon untuk mencari emas telah menjumpai sungai mendidih ini di pedalaman Sungai Amazon selain terdapat air dan haiwan yang beracun yang mana jika termakan atau minum boleh mati serta merta.
              Untuk membuktikan kebenaran tentang cerita itu pada tahun 2011 Ruzo ditemani para saintis lain tekad untuk melakukan pendakian ke kawasan gunung Peru itu bagi mencari kepastian .
                  Ruzo telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa sungai mendidih ini benar-benar wujud di kawasan Amazon tersebut yang mana mempunyai ukuran sepanjang 4 mil.Sungai yang memiliki lebar 25 meter dan dalam sekitar 6 meter ini, memiliki air panas yang dapat merendang teh bayangkan betapa panasnya manakala di bahagian lain sungai airnya lebih mendidih.
“       Mencelupkan tangan saya ke dalam sungai akan menyebabkan tangan saya mengalami luka bakar peringkat tiga dalam waktu kurang dari setengah detik...Jika terjatuh ke dalamnya boleh menyebabkan kematian . Ruzo menganalisis kajianya sungai itu boleh mendidih

            Seperti kita memiliki darah yang mengalir melalui pembuluh vena dan arteri, begitu juga dengan Bumi yang memiliki air yang panas yang mengalir melalui retakan dan patahan.Di situlah arteri Bumi ini muncul ke permukaan sehingga kita akan mendapatkan manifestasi panas Bumi fumarol sumber air panas dari sungai yang mendidih  ” .ujar Ruzo kepada Ted.com yang dikutip oleh Daily mail.

No comments: