Friday 12 August 2016

Siapa Menantu Di Mata Mentua

                                              

             Best kan topik kali ni...Benda yang buat para isteri bimbang adalah ketika saat ibu mertua datang bertandang ke rumah ...hahahah mencabar dan berpeluh kan..ada yang dapat ibu mertua yang sporting tapi ada yang sebaliknya...kalau yang sporting rasanya tak ada masalah tapi kalau yang cerewet semua benda akan jadi serba tak kena.


           Biasanya kalau dengar ibu mertua nak datang sibuklah si isteri mengemas rumah dan menguruskan rumah agar dalam keadaan sempurna memastikan segala keperluan dapur di beli seolah-olah ada pemeriksa jabatan kesihatan nak buat check denggi dah gayanya heheh..kenapa yer...agak-agak ...hehhehhe...

          Kalau tanya pengalaman Cheq Hanie tak banyak yang cheq hanie boleh share..Ibu mertua Cheq Hanie meninggal dunia setahun selepas Cheq Hanie berkahwin ...pengalaman setahun itu belum dapat memberi ruang memahami dan mengenali hati seorang ibu yang banyak berkorban membesarkan anak lelakinya sehingga dewasa ,bagi seorang ibu anaknya sentiasa seperti anak kecil yang perlu di jaga dengan baik dan perlu di bimbangi
   



        Mungkin kerana inilah segelintir ibu mertua menjadi cerewet tanpa mereka sedari dalam memastikan anak mereka dilayani dan di jaga dengan  baik oleh isteri mereka sama seperti dia menjaga anaknya dan terlupa akan hati perasaan si menantu.Jadi menantu merasakan ibu mertua tidak suka kepadanya secara tak langsung hubungan mertua dan menantu mula menjadi renggang dan akan ada yang makan hati terasa hati...

       Kisah ini tak akan habis setakat itu..seperti emak  sayangkan anak mereka (sisuami),sama juga emak si isteri sayangkan anak mereka jadi kes makan hati ini akan sampai ke pihak keluarga si isteri..betul tak...bila dah sampai tahap ini boleh kata kronik la..fikir-fikirkanlah...

        Episod demi episod drama kesedihan makan hati...lama-lama akan jadi pergaduhan yang memutuskan hubungan keluarga anak dan emak..emak dan menantu...suami isteri..mentua sama mentua ....bayangkan kalau berlaku penceraian effect kepada anak-anak...

       Langkah mudah  sebagai penyelesaian masalah ini dengan cara ibu mertua harus belajar melepaskan anaknya dengan cara tidak perlu masuk campur hal urusan rumahtangga anak-anak dan belajar menerima menantu seperti anak sendiri yang harus disayangi serta menrima seadanya...untuk si menantu harus memahami surga seorang suami adalah di telapak kaki ibu yang harus di hormati dan diutamakan dahulu sebelum isteri..Teguran atau nasihat secara siokologi sangat berkesan untuk kedua-kedua.

      Selain itu suami adalah orang yang perlu memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan menjadi baik antara ibu dan isteri ..sentiasa peka dan sensitif dalam melahirkan kasih sayang dan hubungan yang erat dalam ikatan kekeluargaan 

      Kata orang "Tak kenal maka tak cinta " terimalah insan bernama menantu dan mentua sebagai insan baru dalam keluarga yang akan sentiasa menjadi sebahagian dalam keluarga besar kita.
 
                                                                     
                                     CHEQ HANIE ....
         

No comments: