Wednesday 10 August 2016

Sayangku Kapten Mukhriz


                 Ok nak share tentang satu drama bertajuk " Sayangku Kapten Mukhriz " setiap petang di slot akasia Tv3 isnin hingga jumaat .Bagi cheq hanie cerita ini sangat menarik diadaptasi dari novel koleksi sophilea bertajuk "Anugerah Terindah "


                   Mengisahkan Gadis bernama Ariana Dahlia yang telah jatuh cinta kepada seorang Ustaz Kagat iaitu Kapten Mukhriz ketika menghadiri majlis kenduri abang di kediaman Kuaters Tentera TLDM Perak.Ariana Dahlia adalah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di kuala lumpur seorang yang ceria dan nakal.

                 Sejak pertemuan itu hati Ariana Dahlia telah mula jatuh hati dan bertekad untuk mendekati Kapten Mukhriz.Pelbagai rancangan di rancang Ariana Dahlia dalam memikat hati Kapten Mukhriz yang pemalu dan pendiam. Dalam diam Kapten Mukhriz juga turut jatuh hati pada Ariana Dahlia tetapi memilih untuk mendiam diri kerana masih belum bersedia memikul tangungjawab sebagai seorang suami atau masih ada cinta Rabiatul adawiyah ....dapatkah Ariana Dahlia memilih pilihan hatinya atau perlu menerima pilihan keluarganya Zakuan...

               Bersama atau tidak akhirnya ..marilah bersama tonton hingga abis episod ye heheh .....
     

No comments: