Google+ Followers

Thursday, 25 August 2016

Emosi Seorang Wanita


Banyak perkara yang orang lelaki tak faham dengan wanita ,emosi mereka susah nak dijangka..kenapa ye?? mungkin kerana wanita ni memang berjiwa sensitif hati selembut sutera mudah terasa..mudah marah..sedih..menangis..mudah jatuh cinta ..mudah ketawa..mudah terpedaya..lembut hati ..

Ada orang lelaki kata wanita ini pelik mood mudah berubah-ubah kalau semalam mereka menangis tapi hari esoknya mereka boleh ketawa...Perempuan ni lebih suka menonjolkan perasaan mereka berbanding lelaki yang banyak memendam rasa agak-agak siapa lebih hipokrit ye ??. Mungkin kerana sikap wanita itu sendiri yang lembut dan manja lebih mudah difahami oleh orang lain.

Mungkin kerana memiliki hati lebih sensitif  kaum wanita lebih mudah menerima dan membenci seseorang yang muncul dalam dirinya, selalunya keputusan yang dibuat di pengaruhi oleh perasan jarang berdasarkan fakta atau kenyatan.

Perkara yang selalu wanita lakukan mudah marah dan sedih bila ada yang menganggu hati mereka tapi akan cepat terubat bila pujukan dari seseorang tu berjaya..heheh..istimewa perempuan ini kan cepat marah tapi cepat cool down.

Mood swinn moody akan datang tiap bulan tak tentu masa tak kiralah sebelum..selepas atau tengah datang bulan heheh kalu tak kena gaya ada yang kena bambu haritu hehehe..

 Mungkin sebab hati mereka yang sensitif wanita lebih cepat terasa dan lebih cepat melatah nak pulak kalau melibatkan orang yang mereka yang tersayang...atau erti kata lain lebih cemburu heheheh...kalau cerita bab cemburu ini memang sinonim sangat dengan kaum wanita..heheh..mereka rasanya lebih jujur dalam memberikan pendapat ..

No comments: