Google+ Followers

Tuesday, 26 January 2016

SYAIRKU BUATMU PERMATA HATIKU..






Bila ku renung wajahmu tika di dalam Lena luntur segala  keletihan dan keluh  keresahanku yang tiada berpenghujung...
Disaat ku petaruh nyawaku demi sekujur tubuh kecil ini tiada sekumit rasa gusar walau mukim kita bertukar alam berganti nyawa..
Mukin aku hanya dapat melihat kau di alam lain atau mukim kau menunggu ku disana yg tiada ku jangka sinar merah atau biru langitnya
Sesungguhnya aku begitu dungu dan kerdil tuk ku singkap rahsianya....  .
Betapa besar keagungan mu melimpah segala kebahgian walau hanya cahaya matamu ku lihat ianya sudah cukup memberi sejuta erti dan rasa ke bahagian yang tiada gantinya...
Duhai anak mukin hari nie kau ketawa gembira ayah dan ibu sentiasa ada menemani mu bermain..berjalan...tika ini kau masih tak mengenal erti hidup..tidak selamanya indah  ada kala kita menangis terluka tapi sabarlah kepayahan dan kesakitan akan mgajar kita lebih kuat untuk terus berdiri..
Doa dan restu ibu tidak pernah terhenti walau nyawa di hantar pergi...jika kau tersalah langkah tanyalah hati kecilmu dan jadilah dirimu yang sebenar...rujuklan tuhanmu yang satu .
..jgnlah kau dekati suara yg lembut sopan penuh kedustaan kelak akan menghakis sinar di hati terus meratah diri menjadi batu...



2 comments:

Elia Si Jejariruncing said...

tak sangka cik hanie kite ni kuat bermadah.. ingat kuat berceloteh je.. heheheh

HANIEZAFRI said...

hahahaha...dalam hati ada taman elia oooo...