Monday 5 September 2016

Resepi Gulai Ikan Masim Talam Masak Lemak

                 Seperti biasa aktiviti hari ahad ini meluangkan masa bersama keluarga almaklumlah dah hari lain bekerja banyak masa diabiskan dia office selalunya hari minggu ini kami akan keluar bersiar-siar bawak anak-anak atau duduk dirumah menguruskan kerja-kerja rumah yang tertangguh dek sibuk dengan urusan kerja di pejabat, So hari ini Cheq hanie nak share resepi selera kampung " Resepi Gulai Ikan Masim Talam Masak Lemak "

Hidangan Untuk 4 ke 6 Orang
Bahan-bahan
  • Ikan Masin Talam (Tulang)
  • Santan 2 Kotak/Sebiji
  • Serai 3 Batang
  • Bawang Merah 3 Biji
  • Bawang Putih 2 Biji
  • Lada Kecil 13 Biji
  • Kunyit Hidup Setenggah inci or Kunyit Serbuk 1 Sudu
  • Asam Keping 2 Keping
  • Tomato 3 Biji
Cara Memasaknya
  1. Masukan Ikan Masin Talam (Tulang) ke dalam periuk
  2. Amik Bawang Merah,Bawang Putih,Lada tumbuk atau kisar dengan blander sehingga lumat kemudian masukan kedalam periuk
  3. Titik serai dan masukan juga ke dalam periuk
  4. Masukan santan kotak atau santan yang telah di perah
  5. Masukan Kunyit serbuk untuk mencantikan warna kuahnya
  6. Jangan lupa masukan asam keping dan sedikit garam (pastikan garam di isi dengan sedikit demi sedikit ikanmasin akan membuat kuah menjadi masin jadi tak perlu letak garam terlalu banyak.
  7. Kacau di atas api sedingga mendidih
  8. Yang terakhir masukan tomato yang telah dia belah tadi dan hidangkan.
            Nah cheq hanie belanja gambar cara-cara buat ye...jangan cakap cheq hanie tak payung heheheh...selamat mencuba..







No comments: