Tuesday 6 September 2016

Tanda-Tanda Bentan Bagi Ibu Berpantang


         Dalam tempoh berpantang ramai ibu baru biasanya kurang memahami apa itu bentan dan apakah sintom awal terjadinya Bentan ini..bentang sangat bahaya ianya boleh menyebabkan kematian jika tidak diberikan rawatan.

       Wanita berpantang dinasihatkan untuk menjaga permakanan ,pergerakan tingkah laku dan sentiasa memakai stokin bagi mengelak dari badan dimasukan angin.Antara simptom awal Bentan adalah demam dan berasa sangat sejuk sehingga terketar-ketar satu badan,biasanya bentan ini disebabkan jangkitan kuman pada peranakan, rahim dan pundi kencing wanita selepas bersalin berisiko untuk mendapat jangkitan dek kerana kaedaan badan yang masih lemah .
        Selain itu Tanda awal bentan wanita akan mengalami lemah badan lesu dan berisiko untuk pitam atau pengsan akibat kekurangan darah atau turun darah.Ini mungkin disebabkan keadaan badan yang masih lemah atau makan makanan yang berbisa atau tajam seperti nenas atau terjatuh.

        Sakit di bahagian ari-ari sehingga ada kalanya menyebabkan berlakunya tumpah darah ketika berjalan atau bergerak . Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat ,tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau hempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan

       Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berjingkit-jingkit.

No comments: