Friday, 2 September 2016

Tips Memilih Cincin Kahwin

Ok kat sini Cheq Hanie nak share satu tips untuk memilih cincin kahwin berdasarkan pengalaman ..Cincin kahwin ini biasa dihadiahkan oleh pasangan sebagai tanda ikatan suami isteri di majlis akad nikah. Mengikut adat orang melayu cincin kahwin yang di pakai oleh wanita menandakan status seseorang wanita itu supaya tidak ada ganguan dari lelaki lain dan sentiasa dijaga dengan baik .Tapi zaman sekarang cincin kahwin hanya hiasan di jari jarang ada yang amik kisah mengenainya dan hanya syarat ketika majlis adat ketika majlis akad nikah dan sekadar perhiasan untuk mencantikkan diri.
           Untuk memastikan cincin kahwin sentiasa sesuai dan selesa dipakai setiap masa dan disemua majlis cincin kahwin
  • Carilah yang agak simple tapi cantik..ini kerana jika terlalu berat dengan permata atau ukiran membuatkan dia mudah untuk rosak .
  • Bentuk yang tegap dan kasar -ini perlu kerana dalam kita melakukan tugasan harian dirumah mahupun di pejabat tidak mudah bengkok atau patah.
  •  Tidak sarat dengan Permata -Elakan dari memilih design yang sarat dengan permata kerana cincin permata lebih cepat tertanggal jika kerap dipakai almaklumlah cincin ini sebagai tanda kenangan perlu sentiasa dipakai dan dijaga dengan baik.
  • Jangan memilih design yang mempunyai lengkungan/bucu yang tajam bagi mengelakkan tercedera jika terkena kulit lembut seperti anak-anak kecil yang kita jagai atau ketika mendukung anak kecil.
  • Memilih saiz sedikit besar dari jari bagi memberikan keselesaan ketika memakainya walaupun ketika saiz badan naik..
   Semoga perkongsian ini memberikan idea dan pendapat kepada bakal-bakal pengantin baru dalam memilih cincin perkahwinan yang sesuai agar lebih tahan lama dan sesuai di pakai pada bila-bila masa.

No comments: