Friday, 16 September 2016

Menyakiti Hati Orang Lain

              
               Menyakiti hati orang lain perkara yang kita selalu buat samaada dengan sengaja atau tidak dalam hidup kita. Kita akan rasa sakit hati jika kita di pihak yang disakiti tapi macamana pula bila kita di pihak satu lagi yang menyakiti orang lain mungkin kita gembira jika memang ada niat nak menyakiti atau  bagaimana pula jika kita memang  tiada niat dan tak sedar apa yang kita lakukan.

                     Kalau kita menyakiti fizikal orang lain akan terlihat kesan darah,calar atau lebam tapi jika hatinya yang kita sakiti hanya yang disakiti yang tahu..Dalam persahabatan ,persaudaraan ,percintaan mahupun rumahtangga kita tak akan terlepas dari menyakiti dan disakiti.


                 Menyakiti dan disakiti memang perkara yang kita tak dapat lari selagi kita hidup di dunia ni.Kadang kalau ikut rasa sakit hati nak marah dan mengamuk tapi ianya tetap tak menyelesaikan masalah tapi akan menambah masalah , cuba kita fikir semula jika kita marah orang yang menyakiti hati kita bukankah ianya hanya mencipta musuh dan mewujudkan perasan dendam antara kita tapi selalunya kita hanya fikir pendek apa yang terlintas akan kita buat.
 
              Selalunya orang yang kita sayang juga tidak terlepas dari menyakiti hati kita samaada mereka sedar atau tidak .Mengapa agaknya mungkin kerana sayang hati mudah tersentuh dan sentap .Benarlah kata pepatah orang tua-tua sedangkan lidah lagi tergigit, sesuatu yang rapat atau paling hampir tidak lepas dari disakiti atau menyakiti.Pepatah yang membawa makna yang sangat mendalam.

No comments: