Salah satu perkara yang boleh membantu kita menghilangkan tekanan kerja adalah menikmati permandangan hijau..tapi zaman sekarang ni bangun je pagi apa yang kita nampak hanyalah bangunan batu ,jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan bukan menghirup udara segar tapi asap-asap dari macam-macam corong bukan kabus pagi yang sejuk dan menyegarkan tapi asap jerebu yang melemaskan ..
Nah Cheq Hanie belanja permandangan dari atas bukit genting ...lapang mata memandang pokok-pokok hijau dengan angin bayu yang sejuk hilang rasa resah dan tekanan yang menyemak dalam kamar kotak fikiran dengan macam-macam hal.
Sempat selfie tepi lereng bukit genting heheh sebelum sambung perjalanan ke atas bukit genting .
Sekali sampai atas genting kabus tebal wah terasa macam kat new york lak hehehhe sampai pucat dan terketar-ketar tangan heheh.Layan anak-anak masuk permainan Indoor cuaca luar yang sejuk sangat tak mengizinkan anak-anak kecil nanti kena selsema pulak heheh..
Sebelum kita turun balik meh singgah ke taman strawberi petik buah dan beli sayuran segar yang ada dijual di dalam taman ini . Taman ini ada bayaran minimum yang dikenakan yer tapi masih berbaloi kerana kita akan dapat lihat taman bunga yang cantik..
Ni ladang Lavender salah satu ladang yang ada dalam taman Stawberi wah memang rasa nak je petik-petik geram tengok bunga ni.
Dalam Taman ada kita akan menikmati pemandangan yang cantik dengan pelbagai jenis bunga segar yang disusun indah.
Ni yang paling cheq hanie suka ladang stawberi disini pengunjung boleh memetik sendiri buah stawberi yang fresh tapi dengan syarat bayar dulu heheh di kaunter berdekatan dan pengujung akan diberi bakul untuk memetik buah dan ditimbang.Bayaran masuk hanya untuk masuk ke taman jika nak memetik sendiri buah stawberi kena buat bayaran lain jangan salah paham yer.
No comments:
Post a Comment