Terkejut bila baca halaman metro hari ni yang mana Samsung hari ini menggantung jualan jualan model terbaru telifon pintarnya Galaxy Note 7 kerana mengalami masalah gara-gara bateri telifon berkenaan meletup .Presiden mobile businesss Samsung Electronics Koh Dong-Jin berkata "Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Samsung menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.
Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual
di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian
bateri telefon berkenaan bermasalah.
Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media
sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada
kesan terbakar dan cair.
Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan
penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan
jualan dalam negara.
No comments:
Post a Comment