Belum sempat pam kolam si abang dah excited untuk masuk ..aduhai...
Wajah excited dapat mandi kolam..petang yang indah dapat dapat mandi berendam dalam kolam air sejuk nie ..heheh
Dek kerana kawasan rumah yang kecik abis abis basah satu laman rumah..
Satu info yang cheq hanie nak share....Sebelum masuk ke kolam kita perlu membasuh badan atau mandi sebelum memulakan aktiviti renang ini kerana dari segi kebersihan yang mana apabila kita mandi kemungkinan habuk-habuk yang terdapat pada badan kita akan terjatuh sekali bersama air pancuran.Selain itu untuk menyesuaikan badan kita dengan suhu air agar otot badan tidak terkejut dengan perubahan suhu badan apabila masuk ke dalam kolam. Lebih-lebih lagi jika berenang di kolam indoor yang suhu airnya agak sejuk.
Selepas Berenang Kita digalakkan untuk mandi atau bilas dengan air semula selepas keluar dari kolam renang berkait rapat dengan suhu. Suhu air dalam kolam renang biasanya berbeza berbanding persekitarannya.
Perbezaan ini akan menyebabkan otot menegang. Jadi digalakkan untuk mandi selepas aktiviti berenang untuk menghangatkan badan bagi menghindari tegang-tegang otot. Jika anda perasan, dalam acara sukan akuatik, perenang dan penerjun terutamanya mesti akan mandi atau berendam sejurus selepas acara/giliran mereka tamat.Disini penting untuk mandi dengan cukup agar badan sempat menyediakan diri dengan keadaan suhu yang berbeza.
Jadi harus difahami bahawa keperluan untuk mandi sebelum dan selepas berenang/masuk kolam bukanlah sekadar nak membersihkan diri tapi lebih dari itu. Jika sebelum ini kita selalu abaikan perkara ni, mungkin kita boleh sama-sama jadikan tabiat untuk mandi sebelum dan selepas masuk ke kolam. Sebab kita masuk kolam, samada untuk berenang atau sekadar berendam tu belakang kira.
No comments:
Post a Comment