Friday, 11 March 2016

Ajaibnya Kuasa Pelukan Antara Ibu Bapa Dan Anak

Ajaibnya Kuasa pelukan apa sahaja emosi negetif yang anda rasa seperti sedih marah,tertekan atau apa sahaja akan hilang bersama kehangatan pelukan yang sertai dengan kasih sayang yang ihlas.
1. Menguatkan Kasih Sayang 
Anak akan terasa kasih sayang mengalir antara ibu bapa dan anak. Jika anda perasan  anak kecil yang sedang menangis jika dipeluk dan dipujuk akan lebih tenang dan berhenti menangis. 

2.Meningkatkan Keyakinan Diri
Apabila anak sedang bersedih,tidak semua kata-kata nasihat serta sokongan dapat  menyembuhkan hati mereka,salah satu cara adalah dengan memeluk mereka .

3.Menyembuhkan Hati.
Percaya atau tidak kuasa perlukan bukan sahaja bermanfaat untuk anak-anak tapi juga untuk ibu bapa itu sendiri yang mana kuasa pelukan dapat menembusi hati sehingga   mampu merawat dan mententeramkan jiwa kedua-dua insan yang berpelukan.

 4.Mengurangkan Tekanan
Secara saintifik ,pelukan akan meningkatkan aras hormon oksitosin yang dapat menyembuhkan rasa stress atau marah
5. Menguatkan Sistem Imunisasi
Lebih-lebih lagi anak yang tidak sihat ,pelukan mampu merangsang kelenjar tymus yang     bertindak dalam penghasilan darah putih .Kelenjar ini adalah komponen utama sistem pertahanan dalam tubuh dengan itu ia akan memulihkan kesihatan dengan cepat.

6.Menaikan Mood 
Perlukan yang erat dan lama meningkatkan aras hormon serotin dalam badan yang 
menaikan paras kegembiraan kesanya anak-anak kita akan berasa ceria ,aktif dan tidak  
mudah meradang.    

7.Merangsang Perkembangan
Perlukan ibu merangsang perkembangan bayi dengan cepat anak yang jarang dipeluk 
biasanya lambat berjalan dan bercakap.

8. Meyihatkan Jantung
Hanya dengan 10 saat setiap hari perlukan ibu bapa  dapat menyihatkan
mengurangkan  tekanan darah tinggi dan mengimbangi degupan jantung. 
9.Meningkatkan IQ 
Kehangatan perlukan ibu bapa merangsang pengaliran darah ke otak.Anak akan terang hati serta mudah faham selain focus dalam pembelajaran dan bagus mengawal 
pemikiran.

10. Mengawal Emosi
Anak yang sering dipeluk biasanya lebih tenang ,tidak mudah melenting ,memberontak 
panas baran malah akan lebih matang serta lebih bijak membuat pilihan dan lebih  rasional.

No comments: