Sungai yang mendidih ini dikatakan wujud di Peru (Amazon ) yang terletak di situs suci
Asháninka yang digunakan untuk penyembuhan dari panas bumi di
Mayantuyacu.
Pada mulanya seorang saintis bernama Andres Ruzo yang merupakan mahasiswa kedoktoran dari Southern Methodist
University Andres menganggap ianya mustahil pada mulanya berpendapat mustahil kerana untuk mendidihkan sungai memerlukan kekuatan kepanasan bumi
yang sangat besar kerana ukuran
sungai yang kecil itu sukar untuk diterima serta jauh dari gunung berapi
yang aktif yang membuat saintis Ruzo semakin tidak percaya dengan
fenomena tersebut.
Saintis
Ruzo mendengar tentang Sungai Mayantuyacu yang mendidih ini daripada
cerita nenek beliau yang kononya pada zaman dahulu sekumpulan tentera Spanyol telah pergi
ke Sungai Amazon
untuk mencari emas telah menjumpai sungai mendidih ini di pedalaman Sungai
Amazon selain terdapat air dan haiwan yang beracun yang mana jika termakan atau minum boleh mati serta merta.
Untuk membuktikan kebenaran tentang cerita itu pada tahun 2011 Ruzo ditemani para saintis lain tekad untuk melakukan pendakian ke kawasan gunung Peru itu bagi mencari kepastian .
Ruzo telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa sungai mendidih ini benar-benar wujud di kawasan Amazon tersebut yang mana mempunyai ukuran sepanjang 4 mil.Sungai yang memiliki lebar 25 meter dan dalam sekitar 6 meter ini,
memiliki air panas yang dapat merendang teh bayangkan betapa panasnya manakala di bahagian
lain sungai airnya lebih mendidih.
Seperti kita memiliki darah yang mengalir melalui pembuluh vena dan arteri, begitu juga dengan Bumi yang memiliki air yang panas yang mengalir melalui retakan dan patahan.Di situlah arteri Bumi ini muncul ke permukaan sehingga kita akan mendapatkan manifestasi panas Bumi fumarol sumber air panas dari sungai yang mendidih ” .ujar Ruzo kepada Ted.com yang dikutip oleh Daily mail.
No comments:
Post a Comment