Cheq hanie ni bukanlah peminat sukan bola sebenarnya..mula-mula mr.hubby ajak tengok citer ini , cheq hanie cakap tak minat dan bagi alasan macam-macam tak berminat nak tengok tapi bila fikir-fikir kesian lak mr hubby nak sangat tengok..so g lah teman...
Pilihan kami nak tengok dekat PARADIG MALL sini senang untuk dapatkan tiket dan agak kurang orang jika di bandingkan Sunway Pyramid sesak.... parking pun payah nak dapat terutama hari sabtu ahad...
Cinema kat sini baru so design memang kemas cantik and teratur..siap ada kerusi menunggu berdekatan kaunter masuk dan kaunter beli tiket..biasa kebanyakan Pangung wayang jarang ada sediakan tempat duduk..so kenalah berdiri sementara tunggu Pangung On.
sebelum watch movie jangan lupa beli popcorn ye hehhe..ok..
Cantik dan bersih je bilik dia..aircond pun sejuk.
Cantik dan bersih je bilik dia..aircond pun sejuk.
Ok sambung citer pasal OLA BOLA citer ini adalah sejarah lagenda sukan bola...cerita ini menarik serta diselang seli dengan lawak jenaka...Baru saja 13 hari ditayangkan, filem OlaBola sudah pun berjaya mencatat kutipan RM8 juta setelah ditayangkan di 120 pawagam, bukan saja di Malaysia malah ia turut ditayangkan di Brunei.
Berkisahkan cerita era 1980-an filem OLA BOLA merupakan kisah kejayaan
tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada
barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan
muncul menjadi wira negara.
JC Chee sebagai Tauke
Tauke merupakan kepten bagi pasukan bola sepak negara seorang yang juga seorang pemain pertahanan terbaik asia.Seorang yang bertangungjawab serta berani .Dia di uji dalan perjalanan kariernya apabila dia terpaksa memilih di antara tangungjawab terhadap keluarga atau mengejar cita-citanya dalam dunia bola sepak
Luqman Hafidz sebagai Ali
Merupakan pemain jersi baju nombor 10 yang hebat dalam membuat tendangan bola.Salah seorang yang memainkan peranan penting dalam kumpulan bola sepak negara.Mempunyai semangat dalam dirinya membuatkan dia diangkat sebagai salah seorang bintang dan harapan dalam pasukan
Saran Kumar sebagai Muthu
Salah seorang pemain jersi nombor 1 yang juga pejaga gol .Merupakan seorang yang sangat bersemangat tinggi walau pada mulanya tidak mendapat restu dari ayahnya yang mengagap bermain bola hanya membuang masa.
Eric Teng sebagai Balak Eric.
Merupakan pemain jersi nombor 9 (striker) yang berasal dari sabah.Asalnya dia hanya pemain simpanan tapi di beri peluang menjadi striker oleh jurulatih baru (Mark Williams sebagai Harry Mountain) kerana yakin dia mempunyai bakat berdasarkan rekod latar belakangnya
Mohamad Taufiq Hanafi sebagai Abu
Merupakan pemain jersi nombor 9
Merupakan pemain tengah pasukan kebangsaan. Sikapnya mudah disenangi
oleh orang lain dan sukakan keamanan. Tetapi, dirinya telah terlibat
dalam satu pergaduhan dan akhirnya dia dihukum oleh jurulatihnya.
Mark Williams sebagai Harry Mountain
Merupakan jurulatih baru bagi pasukan bola sekitar tahun 1980 . Seorang yang sangat tegas dan jarang memberi pujian kepada para pemainnya.Beliau juga seorang yang berani tampil dengan strategi baru dengan mengubah beberapa corak permainan dan tugas-tugas pemainya.
Bront Palarae sebagai Rahman
Seorang pengulas radio sukan yang sentiasa bersemangat dalam bidang kerjayanya serta mempunyai kesungguhan membuatkan dia sentiasa berfikiran positif tridak kira apa jua keadaan selain menjadi sahabat rapat (Tauke).
Lirik Lagu Arena Cahaya (OST Ola Bola) - Zee Avi
Walau dunia menjadi gelap gelita
Pegang dengan penuh percaya
Kepada mimpi kita
Suara harapan jadikan ia pelita
Semaikan erti cahaya
Kepada nilai cinta
Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana
Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana
Lift your dreams way up high
Lift your goals to the sky
Restui mimpi yang sejati
Di arena cahaya
Keindahan jiwa terserlah pabila kita
Merintangi cabaran masa
Dengan kesabaran cinta
Ingatlah teman senyuman dan warna kita
Itulah kunci ke jalan
Dunia kita impikan
Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana
Apakah maksud hidup tanpa pelbagai suasana
Lift your dreams way up high
Lift your goals to the sky
Warnai bintang dicakerawalamu
Di arena cahaya
Lift your dreams way up high
Lift your dreams up high
Warnai bintang di cakerawalamu
Di arena cahaya
Warnai bintang di cakerawalamu
Di arena cahaya
No comments:
Post a Comment