Memang terkejut jugak la pagi ni masa drive nak ke tempat kerja dengar berita dari radio menyatakan Kapal terbang MAS MH01 mengalami masalah dilanda ribut gelora angin yang kuat di udara.Penerbangan yang berlepas dari Londa semalam mengalami insiden ketika dalam perjalanan pulang ke
Malaysia dari London. Kemalangan berlaku apabila pesawat tersebut
mengalami gelora udara yang agak kuat.
Pergolakan itu berlaku kira-kira tiga hingga lima minit apabila kira-kira tiga jam sebelum kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Menurut seorang penumpang di tempat kejadian pesawat mengalami pergolakan, krew kabin baru
sahaja ingin menghidangkan makanan kepada penumpang. Dia melihat bungkusan makanan melayang dari troli makanan dan salah seorang kepala pramugari terhantuk sebelum jatuh.
Alhamdulilah ...Syukur lah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.Seorang pegawai dari Malaysia Airlines Berhad (MAB), tidak mahu mengulas
lanjut mengenai jumlah bilangan penumpang serta anak kapal yang cedera,
walaubagaimanapun dia memastikan pengendali syarikat penerbangan itu
akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa untuk beri berita
terbaru mengenai kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment