Thursday, 25 August 2016

Emosi Seorang Wanita


Banyak perkara yang orang lelaki tak faham dengan wanita ,emosi mereka susah nak dijangka..kenapa ye?? mungkin kerana wanita ni memang berjiwa sensitif hati selembut sutera mudah terasa..mudah marah..sedih..menangis..mudah jatuh cinta ..mudah ketawa..mudah terpedaya..lembut hati ..

Ada orang lelaki kata wanita ini pelik mood mudah berubah-ubah kalau semalam mereka menangis tapi hari esoknya mereka boleh ketawa...Perempuan ni lebih suka menonjolkan perasaan mereka berbanding lelaki yang banyak memendam rasa agak-agak siapa lebih hipokrit ye ??. Mungkin kerana sikap wanita itu sendiri yang lembut dan manja lebih mudah difahami oleh orang lain.

Mungkin kerana memiliki hati lebih sensitif  kaum wanita lebih mudah menerima dan membenci seseorang yang muncul dalam dirinya, selalunya keputusan yang dibuat di pengaruhi oleh perasan jarang berdasarkan fakta atau kenyatan.

Perkara yang selalu wanita lakukan mudah marah dan sedih bila ada yang menganggu hati mereka tapi akan cepat terubat bila pujukan dari seseorang tu berjaya..heheh..istimewa perempuan ini kan cepat marah tapi cepat cool down.

Mood swinn moody akan datang tiap bulan tak tentu masa tak kiralah sebelum..selepas atau tengah datang bulan heheh kalu tak kena gaya ada yang kena bambu haritu hehehe..

 Mungkin sebab hati mereka yang sensitif wanita lebih cepat terasa dan lebih cepat melatah nak pulak kalau melibatkan orang yang mereka yang tersayang...atau erti kata lain lebih cemburu heheheh...kalau cerita bab cemburu ini memang sinonim sangat dengan kaum wanita..heheh..mereka rasanya lebih jujur dalam memberikan pendapat ..

Tuesday, 16 August 2016

Berhadapan Dengan Insan Busy Body


        Rata-rata orang kalau kita tanya suka tak ada kawan-kawan atau kenalan yang yang suka meyibuk hal kita dari hal peribadi hinggalah hal remeh temah dengan tujuan menyebar cerita untuk tujuan aibkan orang lain atau memang jenis suka bercerita hal orang lain...omg memang annoyinglah kan...yelah kadang-kadang sesetengah perkara kita lebih selesa untuk share dengan orang yang kita betul-betul close tapi bila ada kenalan atau insan yang suka amik tahu hal personal kita mula kita akan rasa tak selesa...
 
 
  Tambah-tambahan orang tu jenis mulat tempayan silap-silap abis cerita kita di hebahkanya macam "WIFI BERGERAK" search je nama kita satu dunia boleh tahu...OMG serius rasa nak marah !!!! Biasanya orang macam ini tak ramai kawan ramai yang ingin mengelak dari bertembung atau bercakap maklumkah terlalu banyak hal akan ditanya dan sikap kepoh yang buat orang rasa meluat.
 
     Kadang kalau tak dapat story dari kita ,orang seperti ini sanggup follow kita di media sosial personal kita tak kisah la facebook,instagram ,weechat or macam-macam la punyalah nak tahu apa kita buat apa kita pakai....agak-agaknya orang macam ni terlalu banyak masa sehingga ada masa nak amik tahu semua hal orang.... 







Macamane agaknya nak bagi mereka yang ada sikap "Busy Body "belajar menghormati
orang lain dan belajar menjaga aib orang lain .Mahu  ke hidup sentiasa pulaukan kawan-kawan lain ,di label penyibuk..di benci silap-silap kena maki dan serang gara-gara sikap kamu yang sangat menjengkalkan..

                     





      

Friday, 12 August 2016

Siapa Menantu Di Mata Mentua

                                              

             Best kan topik kali ni...Benda yang buat para isteri bimbang adalah ketika saat ibu mertua datang bertandang ke rumah ...hahahah mencabar dan berpeluh kan..ada yang dapat ibu mertua yang sporting tapi ada yang sebaliknya...kalau yang sporting rasanya tak ada masalah tapi kalau yang cerewet semua benda akan jadi serba tak kena.


           Biasanya kalau dengar ibu mertua nak datang sibuklah si isteri mengemas rumah dan menguruskan rumah agar dalam keadaan sempurna memastikan segala keperluan dapur di beli seolah-olah ada pemeriksa jabatan kesihatan nak buat check denggi dah gayanya heheh..kenapa yer...agak-agak ...hehhehhe...

          Kalau tanya pengalaman Cheq Hanie tak banyak yang cheq hanie boleh share..Ibu mertua Cheq Hanie meninggal dunia setahun selepas Cheq Hanie berkahwin ...pengalaman setahun itu belum dapat memberi ruang memahami dan mengenali hati seorang ibu yang banyak berkorban membesarkan anak lelakinya sehingga dewasa ,bagi seorang ibu anaknya sentiasa seperti anak kecil yang perlu di jaga dengan baik dan perlu di bimbangi
   



        Mungkin kerana inilah segelintir ibu mertua menjadi cerewet tanpa mereka sedari dalam memastikan anak mereka dilayani dan di jaga dengan  baik oleh isteri mereka sama seperti dia menjaga anaknya dan terlupa akan hati perasaan si menantu.Jadi menantu merasakan ibu mertua tidak suka kepadanya secara tak langsung hubungan mertua dan menantu mula menjadi renggang dan akan ada yang makan hati terasa hati...

       Kisah ini tak akan habis setakat itu..seperti emak  sayangkan anak mereka (sisuami),sama juga emak si isteri sayangkan anak mereka jadi kes makan hati ini akan sampai ke pihak keluarga si isteri..betul tak...bila dah sampai tahap ini boleh kata kronik la..fikir-fikirkanlah...

        Episod demi episod drama kesedihan makan hati...lama-lama akan jadi pergaduhan yang memutuskan hubungan keluarga anak dan emak..emak dan menantu...suami isteri..mentua sama mentua ....bayangkan kalau berlaku penceraian effect kepada anak-anak...

       Langkah mudah  sebagai penyelesaian masalah ini dengan cara ibu mertua harus belajar melepaskan anaknya dengan cara tidak perlu masuk campur hal urusan rumahtangga anak-anak dan belajar menerima menantu seperti anak sendiri yang harus disayangi serta menrima seadanya...untuk si menantu harus memahami surga seorang suami adalah di telapak kaki ibu yang harus di hormati dan diutamakan dahulu sebelum isteri..Teguran atau nasihat secara siokologi sangat berkesan untuk kedua-kedua.

      Selain itu suami adalah orang yang perlu memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan menjadi baik antara ibu dan isteri ..sentiasa peka dan sensitif dalam melahirkan kasih sayang dan hubungan yang erat dalam ikatan kekeluargaan 

      Kata orang "Tak kenal maka tak cinta " terimalah insan bernama menantu dan mentua sebagai insan baru dalam keluarga yang akan sentiasa menjadi sebahagian dalam keluarga besar kita.
 
                                                                     
                                     CHEQ HANIE ....
         

Thursday, 11 August 2016

Siapa Kapten Mukhriz @Raja Afiq Sebelum Bergelar Artis

                     Siapa kata orang gempal tak handsome..tak macho ..Mula-mula mendengar kisah pelakon bernama Raja Muhammad Afiq Raja Razali atau sedang popular dengan gelaran Kapten Mukhriz dalam sebuah drama di akasia TV3 
                    Raja Afiq membuat pengakuan yang dia dulunya memiliki badan yang gempal sehingga ada pihak yang mengejeknya kemudian dia bertekad mengambil keputusan mengamalkan diet seimbang dengan hanya mengambil pemakanan protien dan tidak makan nasi selama hampir 2 tahun. Pada mulanyamemang Cheq hanie tak percaya dan mengagap ianya hanya gosip semata-mata..Tapi bila empunya badan dah mengakui di mStar Online.barulah Cheq hanie percaya
Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/166192
Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/16619
                     Raja Afiq yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg sebelum memiliki berat ideal 74 Kg setelah berkat kesungguhan dan kegigihan ke gimnasium dan bertekad menceburi bidang seni.Beliau kini telah menjadi rebutan dikalangan wanita di luar sana yang jatuh hati dengan watak yang dibawakan dalam drama "SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ "


                  
BIODATA  

Nama glomar : Raja Afiq @ kapten Mukhriz
NAMA            : Raja Muhammad Afiq Raja Razali 
ASAL             : Kuala Lumpur
Tarikh lahir  : 19  Ogos tahun 1994
Umur           : 22 Tahun
Drama         : Suami Sebelah Rumah, Cinta Illahi dan Hello Mr. Perfect.
Instagram    : www.instagram.com/raja afiqq
 

Tips Sapuan Bedak Asas Agar Tidak Bertapuk..

                  Kat sini cheq hanie nak share satu tips kepada semua girls-girls kat luar sana cara-cara menyapukan bedak asas seperti bb cream supaya tidak bertapuk bila berpeluh atau terkena air.. 
                  Caranya sangat mudah..pastikan anda mencuci muka muka terlebih dahulu bagi memastikan lebih segar dan wajah tidak berminyak..setelah itu sapukan serum atau pelembab di wajah dan titiskan bb cream serentak kemudian ratakan dengan spam yang sesuai selepas itu gunakan berus untuk ratakan bedak .
                   Cara ini akan memberikan sapuan yang lebih serata dan mudah melekat pada wajah dengan lebih lama.OK selamat mencuba.
  
               

Wednesday, 10 August 2016

Sayangku Kapten Mukhriz


                 Ok nak share tentang satu drama bertajuk " Sayangku Kapten Mukhriz " setiap petang di slot akasia Tv3 isnin hingga jumaat .Bagi cheq hanie cerita ini sangat menarik diadaptasi dari novel koleksi sophilea bertajuk "Anugerah Terindah "


                   Mengisahkan Gadis bernama Ariana Dahlia yang telah jatuh cinta kepada seorang Ustaz Kagat iaitu Kapten Mukhriz ketika menghadiri majlis kenduri abang di kediaman Kuaters Tentera TLDM Perak.Ariana Dahlia adalah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di kuala lumpur seorang yang ceria dan nakal.

                 Sejak pertemuan itu hati Ariana Dahlia telah mula jatuh hati dan bertekad untuk mendekati Kapten Mukhriz.Pelbagai rancangan di rancang Ariana Dahlia dalam memikat hati Kapten Mukhriz yang pemalu dan pendiam. Dalam diam Kapten Mukhriz juga turut jatuh hati pada Ariana Dahlia tetapi memilih untuk mendiam diri kerana masih belum bersedia memikul tangungjawab sebagai seorang suami atau masih ada cinta Rabiatul adawiyah ....dapatkah Ariana Dahlia memilih pilihan hatinya atau perlu menerima pilihan keluarganya Zakuan...

               Bersama atau tidak akhirnya ..marilah bersama tonton hingga abis episod ye heheh .....
     

Monday, 8 August 2016

SEKEPING GAMBAR SERIBU CERITA

                  Pagi ni cheq hanie bangun dengan penuh rasa malas bersiap untuk ke tempat kerja..Dalam sibuk bergegas hanya sempat bersalam dengan encik husband ...Dalam stress hadap jem terima satu wassap dari encik husband send picture akad nikad dengan kapsyen "" SELAMAT HARI ULANG TAHUN"  OMG macamane boleh lupa heheheh...(not first time sebernanya cheq hanie lupa !!!)
                Mood stress bertukar hahah..tanpa sedar cheq hanie dah tersenyum macam kerang busuk sambil imbas 7 tahun lepas punya story morie..pelbagai suka duka tangis tawa dalam misi nak bersama sebagai suami isteri.

" MANIS MENAWAN ANAK MAMI
MAMI ISTERI KEPADA MAMU 
SAYA ADA SEORANG SUAMI
SUAMI SAYA TENTULAH KAMU "

" MEKAR BUNGA DIHINGGAP RAMA-RAMA
BUNGA LAYU GUGUR KE TANAH 
BERSUSAH DAN SENANG KITA BERSAMA 
 SEMOGA KEKAL HINGGA JANNAH "

" MANIS BERKEBAYA SI ANAK NYONYA
DUDUK MEMETIK DAUN SELASIH  
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN SEGALANYA
TANPA JEMU MENCURAH KASIH