Sunday 28 February 2016

Si Pokok Letop


                   Bila dengar nama pokok ini mukin kita cakap tak kenal tapi bila tengok pokok ini baru kita tahu ooo..pokok ni ke…heheh..macam tulah reaksi cheq hanie bila kawan cerita tentang pokok ini cheq hanie cakap “ entah tak tahu pun !!“bila kawan tunjuk gambar pokok ini baru tahu… “ooo pokok nie…selalu jumpa masa kecik-kecik bila main masak-masak heheheh “.. kalu tak silap rasanya agak masam..



                Selain nama pokok letup ada jugak orang panggil pokok ni dengan nama pokok ulat bulu mungkin kerana rupa pokok ini yang berbulu heheh.… Pokok ini biasanya tumbuh liar di sekitar semak samun atau di kawasan batas-batas tepi sungai.Nama saintifik bagi pokok ini PASSIFLORA FOETIDA yang mana berasal dari Amerika selatan dan barat india.
         Untuk pengetahuan umum pucuk/daun pokok ini boleh dimakan sebagai ulam serta buahnya juga boleh dimakan untuk tujuan perubatan dan kesihatan . Tapi AWAS ye jangan ambil minuman Kopi selepas makan ulam atau buah Pokok letup ini khuatir akan mengakibatkan keracunan

Kelebihan Pokok Letop

Friday 19 February 2016

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga 2 tahun



                   Menjadi ibu bapa adalah suatu perkara yang amat menyeronokan dapat melihat sendiri proses pembesaran anak. Adalah penting bagi ibu bapa memastikan perkembangan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya anak bagi memantau kesihatan yang baik.

                 Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.







Thursday 18 February 2016

Penemuan Air Sungai Yang Mendidih...

                      Sungai yang mendidih ini dikatakan wujud  di Peru (Amazon ) yang terletak di situs suci Asháninka yang digunakan untuk penyembuhan dari panas bumi di Mayantuyacu.

                     Pada mulanya seorang saintis bernama Andres Ruzo yang merupakan mahasiswa kedoktoran dari Southern Methodist University Andres menganggap ianya mustahil pada mulanya  berpendapat mustahil kerana untuk mendidihkan sungai memerlukan kekuatan kepanasan bumi yang sangat besar kerana ukuran sungai yang kecil itu sukar untuk diterima serta jauh dari gunung berapi yang aktif  yang membuat saintis Ruzo semakin tidak percaya dengan fenomena tersebut.
 
                Saintis  Ruzo mendengar tentang Sungai Mayantuyacu yang mendidih ini daripada cerita nenek beliau yang kononya pada zaman dahulu sekumpulan tentera Spanyol telah pergi ke Sungai Amazon untuk mencari emas telah menjumpai sungai mendidih ini di pedalaman Sungai Amazon selain terdapat air dan haiwan yang beracun yang mana jika termakan atau minum boleh mati serta merta.
              Untuk membuktikan kebenaran tentang cerita itu pada tahun 2011 Ruzo ditemani para saintis lain tekad untuk melakukan pendakian ke kawasan gunung Peru itu bagi mencari kepastian .
                  Ruzo telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa sungai mendidih ini benar-benar wujud di kawasan Amazon tersebut yang mana mempunyai ukuran sepanjang 4 mil.Sungai yang memiliki lebar 25 meter dan dalam sekitar 6 meter ini, memiliki air panas yang dapat merendang teh bayangkan betapa panasnya manakala di bahagian lain sungai airnya lebih mendidih.
“       Mencelupkan tangan saya ke dalam sungai akan menyebabkan tangan saya mengalami luka bakar peringkat tiga dalam waktu kurang dari setengah detik...Jika terjatuh ke dalamnya boleh menyebabkan kematian . Ruzo menganalisis kajianya sungai itu boleh mendidih

            Seperti kita memiliki darah yang mengalir melalui pembuluh vena dan arteri, begitu juga dengan Bumi yang memiliki air yang panas yang mengalir melalui retakan dan patahan.Di situlah arteri Bumi ini muncul ke permukaan sehingga kita akan mendapatkan manifestasi panas Bumi fumarol sumber air panas dari sungai yang mendidih  ” .ujar Ruzo kepada Ted.com yang dikutip oleh Daily mail.